12/14/2013

Anak manja : Bagus atau Tak?

Assalammuaalaikum. Err semenjak cuti ni best pulak hari-hari menghadap tv berjam-jam, main masak-masak dengan my supermak, makan, pastu tido. Fuhh really enjoyed you know!! Bahagia gila rasanya. Sampai ada yang kata "aik Lynn. Bila dah solo kemain pipi menaik mendadak. Ada orang baru ke? Bahagia eh?" Haa lah. Ofcoz lah bahagiaaaaaa sangat. My supermak selalu kata "buat apa nak sedih-sedih bagai. Kenalah sentiasa ceria baru awet muda" Haa sekarang paham kan? I nak ceria untuk nampak awet muda je sebenarnya. Kehkehkeh. 

Oh panjangnya mukadimah. Haha. Nasib lah tengah rajin nak menaip ni. Sebenarnya kan ada lah sorang membe nih nama dia Faiz. Lynn panggil dia budak manja. Rasanya solo lagi kot. Masih study kat utagha. Umur 20 tahun. Sesiapa nak kenal WeChat je Lynn, nanti Lynn kenenkan. Hahaha. 

Cakap pasal budak manja, dia pun kata Lynn manja. Eh sebenarnya takde lah manja. Memang lah anak bongsu, anak tunggal perempuan, tapi tak semestinya manja. I manja dengan family saje okay. Dengan orang lain takkot. Takda nafsu nak manja. Waakaka. Istilah manja nih selalu sangat orang fikir dia nih tak reti berdikari, ciwek, penakot, gedik dan sebagainya. 

Okaylah. Memang Lynn tak pernah berpisah dari family. Dari zaman sekolah pun nak sekolah yang dekat dengan rumah. Sampailah masuk kolej pun nak dekat dengan rumah jugak biar boleh jalan kaki je. Bukan sebab Lynn manja tak reti berdikari, tapi Arwah Abah yang taknak Lynn belajar jauh-jauh. Temankan my supermak kat rumah. Haa lagi satu tak semestinya kita duduk dengan family kita langsung tak reti buat keje.
Kalau waktu cuti, Lynn selalu je tolong mak masak, kemas rumah, haa kira berdikari lah jugak tuh. Kan? Kan? Lepas tuh tak semestinya anak bongsu nih nak apa je dapat. Oh tidak-tidak. Kadang-kadang kena prepare ayat baik punya, bodek dulu, baru ler dapat. Itupun kalau lah dapat. Haha. 

Paling best kan, anak bongsu/manja nih diorang tak sosial sangat. Maksud Lynn, sesetengah orang tuh boleh je keluar memalam, balik pepagi, nak pergi sana sini bila bila je boleh. Tapi Lynn tak. Semua benda Lynn kena mintak izin mak dulu. Nak keluar malam pun mesti dengan family je. Pernah jugak keluar malam dengan membe itupun masa raya. Lepastu pergi fun fair dengan "kawan" lama. Itupun dengan family sekali. hehe. Sebenrnya bagus tau bila ada family didik camni. Lynn langsung tak rasa terkongkong malah bersyukur sangat sebab didikan family ni lah Lynn takde nak bersosial gila-gila. Keluar sesuka hati je. Dan bila kita duduk dnegan family, insyaallah susah nak berlaku kejutan budaya kot. Sebab family selalu ada dengan kita. 

Dan Lynn dah janji akan ingat pesan kawan Lynn, Syahmin. Dia suruh Lynn ingat kalau pergi mana-mana kena jaga diri. Jaga nama keluarga. Err insyaallah Lynn ingat semua nih.

Okaylah, kesimpulannya, tak semua anak bongsu manja. Diorang nih cuma terlebih kasih sayang. Hehe. Dan paling penting nak tau tak? Anak bongsu nih sebenarnya seorang yang ceria dan penyayang tau. Bukan Lynn kata tapi memang fakta. Wakaka. Okay bubye. Esok nak jumpa kawan lama. Yehaaaa~ Assalamualaikum.

3 comments:

Syakila Rosli said...

Eleh lynn dengan semua dia manja macam katon. Hihihi

Lynn Zulkarnain said...

Kilaaaaa gilaaaaa baq hang.

aisya said...

manja yg baik dan positif dan comel takpe.. jangan manja yg tergedik2, yg omputih panggil spoilt tu sudah.. kan kan? hehe