3/14/2013

Gemok ke kurus kalau comel, tetap comel! Haha :D

Minggu lepas pergi kenduri kahwin abang membe masa tadika kat dewan jugra. Lame gila tak jumpa dia kot. Tetiba jumpa, terkedu kejap. Dulu masa tadika aku dengan dia macam akak dengan adik. Tapi sekarang benda tuh tetap sama. Dia cantik, tinggi lampai, badan pun tembam. Comel gitu. Kihkih tapi dia kata kat aku “Lynn nape macam makin kecik je” alahai Ramizah oii, hari-hari kita dah makan banyak tau. Tiap kali tengok cermin rasa macam makin berisi je. Tinggi pun macam dah up sikit. Haa berat pun dah naik 2 kg okay. Genap 40 kg sekarang. Okay lah tuh kan? Takpelah faktor teturunan nak buat acane.. Hihi kecik-2 kan nampak comel sikit. Kahkahkah
Haa lagi satu, tadi masa presentation kan, aku rasa macam aku punya suara nih dah boleh keluar anak tekak kot. Pitching pun lari okay gara-gara konon dah kuatkan suara. Eh tetiba miss kata tadi suara perlahan sangat. Hurm nak buat camne lagi aku taktau dah. Miss kata kat kelas tadi aku sopan lah, apelah. Haha miss takdelah miss, kat rumah saya otai tau. Ketua gangster okay. Hihi.. Cuma kat kolej kenalah jaga kelakuan sikit... Haha :p
Lepas tu kan, aku geram betul dengan cik pah classmate aku sorang nih. Suka ajuk bila aku cakap. Tau lah suara kita comel macam katon kan. Kahkkahakah.. Dah tuh tadi cik pah tanya, “pagi tadi sarapan apa”, aku jawab lah “ala makan hot dog je” yang si ecah kata dah macam iklan tv. “tak nak! HOT DOG”! Haha tetiba terpikir tetingin pulak nak jadi duta iklan. Jadi budak sekolah pun okay jugak kan? Hakhak! Kekadang kan bila jawab call orang pun diorang ingat aku nih budah tah darjah berapa. Sentap teros. Eh tapi takpe, rasa muda gitu. Haha untung jugak kan jadi pendek dan bersuara comel nih. Hahahahhah
Aku tak kisah pun orang nak kata aku pendek ke, suara katon ke, tak cukup makan ke ape lah lantak kau lah nak kata apa pun. Yang penting aku bersyukur sangat sebab dah di kurniakan anggota badan yang sempurna. Kurus ke gemok ke tinggi atau pendek, tuh semua kan Allah yang cipta.  Kalau benda macam tuh pun kita nak pertikaikan, susahlah kan. Toksah lah perabih duit konon nak jadi perferct sangat, sat lagi benda lain yang jadi haa lagi buruk padahnya :D


P/s : encik Aliff, esok gaji kan? Simpan sikit untuk khamis next week okay..nak tuntut nih :p