1/26/2017

Krabi : 3rd day - Emerald Pool, Hot Stream Waterfall & Elephant Trekking

Assalammualaikum w.b.t


Hello! Dah settle trip ke Phi Phi Island, kita sambung cerita untuk hari ke tiga di Krabi pulak. Package yang ni pon Lynn amik kat tempat yang sama denganPhi Phi Island tu. Dekat area Apasari Hotel, sebelah 7 Eleven, ada perempuan pakai tudung yang jadi agent. Dekat dia dapat lah murah sikit.
Package ke Emeral Pool, Hot Stream Waterfall & Elephant Trekking
  • Agent :Khao Panombenja Jungle Trekking
  • Harga : 90 bath per person
  • Masa : 8.30 a.m. - 4 p.m.
  • Package termasuk  : Hotel transfer, national park fee, lunch, insurance. 
So macam biasa pagi tu breakfast lagi kat kedai makcik kedah tu. Kitorang order chicken sandwich, nugget, coffee iced, teh ais. Total bawah 300 bath sahaja. Dalam pukul 8.30 van kitorang pon sampai. Kali ni kitorang orang kedua dia pick-up. Huhu. So kali ni kitorang macam dah terbuang banyak jugak lah masa sebab dia nak amik orang lain dari hotel yang lain jugak. Group ketiga tu orang Malaysia, dan group keempat pon orang Malaysia jugak. Punya lah jauh nak amik group ke empat tu, kena pergi ke airport nak amik dorang. Masyaallah punya lah mengantuk. Penat dok dalam van tu je :(

Emerald Pool

Dalam pukul 10 baru sampai ke Emerald Pool. Kat sini di beri masa selama 2 jam. Nak masuk ke Emerald Pool ni pulak kena berjalan 800 meter. Haihhh letih weh. Sesampai je kat sana korang akan nampak air yang jernih kaw-kaw ni dulu. Sejuk mata memandang. Hehe

Oh ya Lynn nak pesan awal-awal. Masa pergi trip ke sini korang pakai jela seliper yang lembut-lembut sikit ye sebab banyak nak kena berjalan. Tak payah la pakai kasut-kasut nak berfashion-fashion atau nak hipster-hipster masuk hutan ni. Korang jugak boleh je kalau nak bawak baju spare untuk tukar lepas mandi nanti. Tapi tak bawak pun takpe, sebab boleh je bawak baju korang basah-basah tu naik van. Dorang takkan marah. Don't worry ya!

Ni lah pintu utama yang menujukkan korang dah sampai Emerald Pool. Tapi belum betul-betul sampai tau. Haha. Kena berjalan sikit lagi. 

So inilah dia Emerald Pool. Kolam semulajadi tengah-tengah hutan. Paling unik sebab air dia yang seaakan-akan biru turqoise. Kitorang tak mandi pun sebab memula ingatkan kena bawak baju spare. Haha. Tetiba owner van tu kata boleh je kasi van tu basah. Ek eleh! Tapi takpela, lagi pun waktu kitorang datang tu tengah ramai berendam. Air pun jadi keruh. Hahaha so tak rasa rugi pun. hehe

Lepas dah beberapa minit dok tengok orang berendam, kitorang pergi ke Blue Pool pulak. Blue Pool ni pon satu hal lagi. Dari Emerald tadi nak pergi sini amik masa dalam 15-20 minit jugak lah berjalan. Perghh jauh weh. Adoyaiiiiii!!!

Kahkahkah kemain tak tahan berjalan dia boleh pulak berjogging. Jalan nak pergi situ kejap jalan hutan kejap jalan batu. Sampainya tak jugak. Hahaa. Dan akhirnyaaaaa~~~~


Yeayyy dah sampai. Kat sini di larang mandi sama sekali sebab bahaya katanya. So boleh ambil gambar je. Air dia memang biru lain macam. Dan kalau nak tau, kalau kita tepuk tangan kuat-kuat atau ketuk lah ape-ape bagi bunyi kuat, nanti akan ada buih dari dalam tu keluar. Amazing!


Konon nak tema biru jugak. Tapi terpakai baju merah menyala pulak. Hahaaha 


Lepas dah cuci mata kat blue pool, nak jalan keluar sampai ke van parking tu, masyaallah. Letih tak terkata. Mau amik masa dalam 30 minit. Mau tak mau jalan jugak lah slow-slow. Dengan tak semena-mena kaki pon melecet. Al maklumlah kita pakai seliper uptown punya je,  Wakakakka. Pasal tu korang pakai seliper yang jenis tak keras dan tak berat masa pergi sini ya! Ingat! Lepastu kat sini jugak lah kitorang lunch. 1 set makan untuk 4 orang. Memandangkan kitorang 2 orang je, so kena tunggu lagi 2 orang yang lain. Selagi orang tu tak sampai, memang berlapar lah kau masa tu. Hmm. Dapat lah lauk sayur campur, ayam masak lemak cili api, dengan ayam masak apetah tu, tak pernah makan pun. Huhu. Tapi ayam masak lemak cili api dia, pergh!!! Padu & berapi kaw-kaw!.Kalah nogori semilan punya!

Hot Stream Waterfall

Next trip terus ke Hot Stream Waterfall. Kat sini pon masih kena berjalan jauh jugak. Dengan cuaca yang panas sangat waktu tu, sabar jela. Fikir nak seronok je masa tu. Boleh je kalau nak dia hantar sampai tempat tu, tapi kena caj berapa tah, mahal gak lah. Baik jalan kaki, jimat. Hehe


Apa yang menarik kat sini? Yang menariknya ialah, air terjun dia adalah air panas. Nak kata panas sangat tu xdela. Tapi boleh tahan la, Memang sedap berendam. Kat sini jugak lah yang lelaki dapat cuci mata dekat-dekat tengok minah-minah berbikini. Hahah

Syok dia berendam kat situ. Lynn tak dapat mandi pon sebab kaki dah melecet besar. Rendam kaki tu pon pedih gila rasa, tapi cuba tahan jugak. Kat sini di beri masa dalam 1 jam jugak rasanya. Kat sini pon takyah lah salin-salin baju. Pakai je baju korang pakai tu jugak, sebab masa nak jalan ke luar tu baju akan kering dengan sendiri, sebab cuaca memang panas. 

Safari Elephant Trekking

Pergi sini amik masa berejam jugak duduk dalam van. Satu van semua dah pengsan, kecuali driver. Hehe. Waktu ni rasa macam malas nak jalan dah, nak balik hotel terus. Tapi rugi lah, sebab memang dari rumah dah berangan nak naik gajah! nak naik gajah! Sampai je kat sana, terus naik gajah. Haha senang betul planning diorang, tau-tau je sumorang dah letih.

Maaf gambar blur dah waktu ni, dia pon dah lari setting. Huhu. Gajah yang kitorang naik ni umur 10 tahun. Kecik lagi rupanya. Emm masa memula naik tu risau jugak kot dia bawak lari ke ape ke kan. Haha tapi bila dah naik tu, syok jugak lah. Bergoyang-goyang je dok atas tu. Tapi kesian pon ade kat gajah tuh sebab kena bawak kami pusing-pusing. Tapi gajah ni pandai sangat, bila tuan dia bagi isyarat pape, pandai je dia buat. Tapi yang tak bestnya dia pusing-pusing kejap je. Ingatkan ada masuk dalam air macam kat blog lain cerita tu, rupanya kitorang pergi tempat yang lain. Huhu takpelah.

Ni baby elephant. Dia kena mandi dulu sebelum buat show. Tapi gambar dia buat show takde sebab busy amik video je. Hehehe. Tapi memang comel snagat gajah ni waktu dia buat show dia, sesekali tengok gedik pon ade. Haha. So masa kat sini di beri dalam 1 jam jugak.

Settle dah trip hari ketiga. Walaupun penat, tapi berbaloi sebab dapat tengok tempat-tempat orang kan. Hmm balik tu terus rehat dan relakskan diri. Konon nak tidur, tapi bila sampai hotel, duduk kejap je terus nak sambung keluar balik. Haha. So petang tu ronda-ronda kat Ao Nang lagi naik motor. Kitorang sewa motor lagi sehari, so total sewa motor 600 bath tiga hari,

Malam tu carik lagi baju untuk anak buah area Ao Nang Street, 2 helai baju 600 bath. Harga mahal sebab baju baby. Hehe. Pastu waktu nak pergi makan tu, tengah rempit-rempit hujan pulak tetiba turun dengan lebat. Redah jela, lapar punya pasal kan. Malam tu kitorang makan lagi sekali kat Rakan Restaurant. 

 Nasi goreng pataya + Nasi Goreng Udang & Telur + Coffee Ice + Teh Ice =  340 bath. Kalau pergi restaurant ni, jangan minta air soda tau sebab tak halal. Masa tu hafiz dah order air soda, tetiba dia hantar dalam botol macam lain macam je. Bila kitorang tanya, dia boleh cakap tak halal. Laaaa saya pakai tudung kot. Ngoi betul!


So tamat lah hari ketiga di Krabi. Hari keempat kitorang tak dapat berjalan mana pun sebab flight awal. Untuk pergi airport dari hotel, korang boleh suruh pihak hotel arrangekan. Kena caj 150 bath sorang. Kira okay sangat seabab dapat naik van, selesa dan sejuk. Hehe. So alhamdullilah akhirnya trip ke Krabi pon dah selesai. Pembukaan tahun yang sangat bermakna. Kalau nak tanya budget, kitorang memang plan betul-betul dari rumah. Kitorang pergi 4 hari 3 malam. So, total hotel, flight, makan, package untuk 2 hari aktiviti, motor, adalah dalam rm1000 sorang. Hahaha takde lah budget sangat, sebab hotel kitorang caj mahal sikit. Tapi kalau ikutkan budget dua orangtak termasuk hotel dan flight, 4 hari 3 malam dalam rm1200 sahaja. Pasal tu untuk hotel dan flight korang kena riki betul-betul tau! Okay babai~~~~~

Krabi : 2nd day - Phi Phi Island

Assalammualaikum w.b.t 

Macam yang Lynn bagitau kat previous post, Lynn akan share pasal package Phi Phi Island yang Lynn pergi. Ada juga yang tanya, tak hujan ke masa pergi pulau. Alhamdulillah cuaca sangat baik waktu kitorang pergi. Ramai yang pesan kalau nak pergi sini dalam bulan november - mac. Dan kalau nak tahu, package ke Phi-Phi Island adalah package palinngggg laris bila pergi Krabi okay! Package Lynn amik dari Sun San Travel & Tour, dapat harga 3500 bath for 2 person

Apa yang ada dalam package Phi Phi Island ni? 
  • Agent : Sun San Travel &TourTransport : Speed Boat 
  • Harga : 850 bath per person 
  • Pulau yang di lawati : Bamboo Island, Viking Cave, Loh Samah bay, Maya Bay, Phi Phi Don, Monkey Bay, Pileh Bay. 
  • Masa lawatan : 8 pagi - 4 petang 
  • Sightseeing : Viking Cave, Pileh Bay, Monkey Bay 
  • Swimming : Bamboo Island, Maya bay, Lo Samah Bay 
  • Snoorkelling : 2 timesLunch : Phi Phi Don Island 
  • Pakej termasuk hotel transfer, lunch, buah-buahan atas boat, mineral water + pepsi, snoorkelling, life jacket, insurance.
  • Apa yang perlu di bawa : sunblock, sunglasses, topi, camera, waterproof bag/phone, tuala kecik-kecik dah cukup, pakai je baju sesimple yang boleh. 
So pagi-pagi lagi dah kena bangun ye. Ingat pergi bercuti dapat lah bangun lambat. Haha jangan bermimpi lah. Kalau ikut kan pihak tour guide tu yang datang pick up dari hotel. Tapi di sebabkan kitorang pagi tu nak pergi breakfast area Apasari Hotel tu, so naik moto jela tunggu tour guide datang amik kat situ je. Hehe. 

Dalam pukul 8.15 pagi dia datang. Dorang akan amik ramai pelancong tau dari hotel-hotel yang lain jugak. Bukan kita je okay! Dah full satu tuktuk besar tu, baru dia hantar kitorang untuk berkumpul kat pantai Ao Nang. Masa tu baru di bahagikan group untuk yang pergi 7 pulau dan 4 pulau. Dari atas tuk tuk ni sampai lah balik pulau, duduk dengan Anna ni je dari Germany. Best kawan dengan dia, friendly yakmat. Umur dia 25 tahun. Dorang ni lepas satu, satu negara dorang akan pergi. Best gila!


Tuk-tuk tadi akan hantar kita ke Aonang Beach untuk naik bot. Tapi macam biasalah, kita kena tunggu dalam 15-20 minit jugak la, sebab boat tak ready lagi. Huhu. So masa waktu ni lah boleh tengok gelagat orang itu ini. Dok gelak sesorang je. Yang tengah bergambar, yang tengah tonyoh-tonyoh sunblock satu badan, haha. Macam-macam.


Tak ingat apa nama budak dua orang dari China ni. Cute gila, suka nau posing. Hihi ^_^

Ni kitorang punya tour guide ke Phi-Phi Island. Nama dia panjang nau, tak ingat lah, tapi boleh panggil Om. Memula macam kerek je, bila dah kenal masuk air jugak lah. Haha. 


Dari tempat berkumpul tadi nak pergi kat boat memang jauh jugak lah kena menapak. Dah lah sumorang jalan laju mak datok. Terkebil-kebil jugak lah kita nak mengejar. Hmm. Dalam pukul 9 lebih baru gerak naik bot. Make sure untuk korang yang jenis suka bergambar, pilih lah seat depan sekali. Tapi panas & bahaya sikit waktu ombak kuat. Tapi serius best, sebab dapat tengok view luas. Hehe. Kitorang memang cepat-cepat amik seat kat depan tu. Yang bestnya group kitorang takde orang Malaysia. Yeay!!!!!!

Bamboo Island 

Dari Aonang Beach ke Bamboo Island ambil masa dalam 45 minit kalau naik speed boat. Kalau naik long tail boat mungkin dalam 2/3 jam jugak la. Huhu. Masa sampai sini tengok macam biasa je. Sekali bila masuk laut dia. MashaAllah. Tersangat-sangat jernih air dekat Bamboo Island ni. Serius tak tipu. Kena pulak cahaya matahari kan, lagi lah bersinar bagaikan kristal weh. 

Pulau pertama yang kitorang pergi ialah Bamboo Island. Amik masa dalam 45 minit baru sampai kalau naik speed boat. Kalau naik long tail boat mungkin 3 jam baru sampai :( Pulau ni air dia memang jernih. Sangat-sangat jernih. Tengah-tengah panas tu pon air kemain sejuk. Yang bestnya mandi kat sini tak perlu pon pakai life jacket. Sebab macam pantai biasa je. Yang beza pasir dia putih dan air dia jernih. Kat sini dapat lah dalam berendam dalam 45 minit dia bagi.

Rasa tak puas mandi kat sini. Cuma jangan bukak mulut je waktu mandi. Air dia masinnnnn yakmat. Hahaha pertama kali kita terminum air yang masin semasin-masinnya. Kat sini pon tak dapat mandi lama sangat sebab kita memang kena budget masa. Tak silap dalam 45 minit ke 1 jam je. 

Viking Cave

Dari Bamboo Island nak ke Viking Cave dalam 15-20 minit je. Tapi kat situ kita takleh mandi. Boleh ambil gambar saja tau. Kat sini air dia kaler biru turqoise. Memang cantik!

Pileh Bay





Kat sini sebelah-sebelah je dengan viking cave tu, takde la jauh mana. View kat sini cantik sangat, tambah-tambah banyak batu-batu besar tu kat area pulau ni. So jalan dia macam berlorong-lorong. Antara banyak-banyak view, kat sini paling lawa Lynn rasa. Hehe



Kasi lah can nak fe-feeling sikit. Haha

Monkey bay


Ni jalan nak ke Monkey Bay. Maaf sesangat sebab gambar kat Monkey Bay takde. Huhu. Sebab masa berjalan laju sangat tak sempat nak amik gambar. Lagipun kat situ kita tak turun boat pon, cuma tengok monyet-monyet pulau tu je sebab Om kata bahaya kalau turun. Risau monyet tu serang. Hehe.

Maya Bay
Maya Bay ni pernah jadi tempat shooting dalam cerita The Beach lakonan Rionaldo Decaprio. Ramai yang kata pulau ni paling cantik. Ya memang cantik, pasir dia lembutttttt dan halusssss sesangat. Masa pijak mula-mula tu, ish lembut gila! Tapi kat sini pon tak lama sangat, dalam sejam lebih je. Sempat lah nak rileks-rileks kejap kan. Kitorang tak mandi pun sebab dah letih. Huhu.


Loh Samah Bay 

Pulau ni kena naik tangga sikit kalau nak tengok view lawa . Dia kira geng dengan Maya Bay jugak. Tapi amik gambar atas ni baru lawa sebab lighting terang. Wakakaka

Haaa kan nampak putih melepak je. Haha! Hakikatnya muka tengah sunburn gila masa ni. 

Muka dia ni lagi lah, konon macam mat salleh . Wakakaka

Phi Phi Don

Kat sini kita akan berhenti dalam 1 jam untuk lunch. Memang semua turun boat akan terus pergi ke cafe dia untuk mengisi perut yang kosong. Jangan risau ye, makanan kat sini di jamin halal. Sebab diorang pon tau pelancong kat sini ramai orang Islam jugak. Makan kat sini buffet, so pilih je ape kita nak. Nak makan nasi berlauk boleh, nak makan spagetthi pon boleh.  Lepas makan tu terus lepak depan pulau tu cuci mata dan relaks. Sambil tu tengok lah suami main drone sat. Kesian dia, banyak pulau-pulau cantik tak dapat shoot. Sebab dorang kata kena ada lesen itu la ini la. Last-last selamba je main kat sini. Hehehe

Cantik yakmat. Biru betul view dia. Terima kasih suamiku sebab hasilkan gambar lelawo. Hihi

Ko Phi-Phi Le

Lepas makan, dah kenyang barulah boleh berendam lagi. Hehe. Kat sini baru dapat snoorkeling tapi pada sesiapa yang tak reti berenang better takyah lah sebab risau apa-apa berlaku dorang takkan bertanggungjawab tau. So, kita pun termasuk yang tak pandai berenang. Haha. Hafiz je dapat snoorkelling. :(

Kat sini air dia hijau + biru turqoise. Di beri masa dalam 45 minit je mandi. Kat sini jugak baru nampak ikan-ikan macam nemo tu berlambak. Geli pon ada bila dah banyak keliling kita. Haha

Kat tetengah pulau ni baru lah lagi sekali dapat Hafiz main drone, tu pon atas bot je. Hihi. Kalau tak confirm dia frust menonggeng, bawak beg besar gedabak tu tapi tak dapat guna. Kihkih. Masa ni sebenarnya waktu snoorkelling lagi, tapi memasing dah letih. Berendam kejap je, pastu naik bot dah sebab nak rileks kan diri. Cer teka mana kitorang??

Taraaaa! Peace yoo!


Subhanaallah cantik sangat ciptaannNya. Kalau ikutkan gambar dari atas, air dia ada dua warna. Sebelah warna biru pekat, sebelah lagi warna biru cair.  

Group seat depan yang paling sporting!

Dalam pukul 4 dah gerak balik dah. Waktu tu pun hari dah start nak mendung, nasib la tak hujan. Dah letih-letih ni, perut pun lapar. Nasib baik ada sediakan bua-buahan untuk di makan. Hehe. Servis bagus ngat aih. Syukur sangat. Semuanya berjalalan dengan lancar. Kawan-kawan dalam group ni semua baik-baik, sporting, takde lah nak gaduh-gaduh atau masam muka. Hehe. Makan pon sedap-sedap. Kiranya memang berbaloi la amik trip ke Phi-Phi Island ni dari Sun San Travel & Tour :)

So malam tu kitorang dinner kat kedai makcik depan Apasari Hotel tu lagi. Tak jemu pon makan kat sini, sebab sedap dan harga pon okay.

Nasi putih 2 + Tomyam campur + Telur Bistik + Fresh Orange + Teh O'Ais  = Lupa harga berapa. Hahahaha. Tapi bawah 500 bath.


Selesai hari kedua. Jumpa lagi next entry untuk hari ketiga ke Emerald Pool, Hot Stream Waterfall & ELephant Trekking.

1/20/2017

Krabi : 1st Day - Arrival

Assalammualaikum w.b.t

As a plan, kitorang memang plan nak honeymoon kat Krabi Thailand je sebab nak budget. Hehe. 14 January 2017 masa yang ditunggu selama beberapa bulan pon tiba. Lynn booking flight dari AirAsia waktu tambang murah gila-gila. Dapat lah 2 orang RM300 lebih include luggage 20kg pergi balik. 

Pastikan korang tukar je duit bath kat Malaysia sebab ramai kata tukar kat sana mahal sikit. Lynn tukar RM1000 = 8000 bath. Tu untuk dua orang. Tapi better korang bawak duit RM lebih untuk spare kot duit tak cukup kat sana, boleh je tukar nanti. Kat sana memang berlambak money changer. Dont worry ok!

Memandangkan flight kami pukul 7, so dalam pukul 4.30 dah gerak dari rumah. Masa tu memang excited lah. Pertama kali nak bercuti berdua dengan suami kan. Hehe. Passport, tiket flight pergi balik, memang dah sediakan awal-awal. Sampai KLIA 2 terus check in baggage dan check immigration. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Takde apa-apa masalah. Bila dah sampai terlebih awal, ape lagi tidur lah kejap sementara nak tunggu flight boarding. Kihkih

Dalam pukul 7 pon kapaltobang gerak. Dah plan memang takmau beli apa-apa dalam flight, tapi nafsu tu membuak-buak nak beli jugak untuk breakfast, so amik la hot chocolate, mineral water, nasi dagang with chicken curry big breakfast. Total RM40 tak silap. Hmmm kat situ je dah lari budget :(

Sampai airport Krabi dalam pukul 7.30 pagi. Waktu kat Krabi lambat satu jam je dengan Malaysia. Pastikan korang dah siap-siap isi borang arrival & departure tau. Nanti bagi je kat orang yang check immigration tu. Lepas settle semua, dah ambik beg, terus cari kaunter tiket bas. Kalau nak laju naik teksi lah. Dalam 600 bath (RM60). Kalau nak budget naik bas 150 bath (RM15) per pax. Bas memang slow sikit, sebab dia akan berenti banyak tempat. Tapi bas dia luar memang setinggan je, dalam syok ooo. Selesa, ada tempat letak beg. Jangan risau nak fikir-fikir beg korang banyak ke ape. 
TOTAL = Bas 2 orang - 300 bath (RM30)

Aircond pon kuat. Korang bagitau je korang tinggal hotel kat mana, nanti dia akan berhenti betul-betul depan hotel. Kalau takpon, dia akan transfer korang naik tuk tuk masa dah sampai Ao Nang. Haaa dari airport ke Ao Nang amik masa dalam sejam jugak tau.

Sampai hotel, korang boleh terus bagi resit pembayaran untuk check in. Rezeki kami, dapat lah check in awal. Memang syukur sangat masa tu. Serius tak sangka hotel yang kami pilih paling last tu lah paling terbaik. Boleh tengok post Lynn review hotel iRest Ao Nang Krabi Hostel tu tau.

Memandangkan masa tu hari sabtu, memang happening lah area pantai Ao Nang tu. Kitorang ni jenis malas nak jalan kaki. Haha jadi sewa motor jela senang nak ke mana-mana kan. Untuk sewa motor tanya je kat pihak hotel, diorang yang akan arrangekan. Boleh pilih nak motor ape, kami pilih motor scooter sebab cute sangat! Sewa motor sehari caj 200 bath (RM20).
TOTAL = 2 hari sewa - 400 bath (RM40)

 
Acah-acah je ni. Hahaha. Mana lah kakak reti bawak motor. Korang jangan lupa isi minyak motor dulu sebab dorang memang tak isi kan pon. Ada pon cukup-cukup makan je. Huhu. Isi dalam 50 bath cukup la lalau nak jalan2 jauh kan. Pastu dorang akan mintak passport korang untuk jaminan. Jangan risau dan gelabah mak nenek eh, dorang akan bagi resit kat korang ye, so kalau polis tahan just tunjuk je resit tu. Tapi polis takkan tahan punya melainkan korang merempit tempat dorang. Tu kakak tak dapat nak tolong ye -.-

So dah dapat motor, ingat nak terus pergi makan. Tapi relaks dulu lah, nak cari package tour dulu. Senang sikit nanti malas nak fikir lagi dah. Kitorang tanya abang penyewa motor tu nak cari area mana tour guide utk island hopping nanti, ingat nak yang murah-murah la. Pastu dia bagitau area Apasari Hotel tu, dekat dengan 7 eleven. Ada perempuan muslim pakai tudungg. Cari punya cari Alhamdulillah jumpa. Nama awek tu Kak Halimah. 

Mula-mula tanya kat hotel untuk Phi Phi Island dia bagi 1200 bath per person. Tudia mahai ngat aih. Nasib baik tak amik lagi. Kakak Halimah ni bagi package Phi Phi Island   850 bath (RM85) per person untuk 7 pulau. Lepas tu kitorang ambil package lagi satu untuk ke Emerald Pool, Hot Stream Waterfall & Elephant trekking. Kami dapat harga 900 bath (RM90) per person. Kira okay lah tu sebab dah include insurance, lunch, pick up dari hotel pergi balik, snoorkeling, life jacket and so on. 
Total = 3500 bath (RM350) 2 person

Pastu kitorang beli makanan kat area Ao Nang street je. Betul-betul depan pantai. Maybe hari sabtu tu memang ramai peniaga jual kat situ kot. Sebab hari lain kitorang lalu takde pon. So Hafiz beli somtam 20 bath, Lynn beli hotdog,udang,pastu apetah lagi, 30 bath semuanya. Kitorang beli air iced coffee milk dengan cocoa milk 80 bath. 
Total - 130 bath = (RM13) 2 person

Taktau lah apa rasa somtam ni. Lynn memang tak reti makan benda-benda alah macam ni. Haha dan tak teringin langsung pon. 
Dah makan sampai kenyang perut, ape lagi, balik bilik terus relaks kat hotel sampai petang. Penat yakmat dengan cuaca panasnya lagi. Haih~ Dalam pukul 5 kitorang keluar lagi carik Yaminlah Pancake. Cari punya cari rupanya dia tutup hari tu. Alahai takde rezeki. Ramai blogger bagitau pancake dia paling sedap kat Ao Nang :(

Last last beli jela nutella pancake kat orang lain. Hmm kurengggg sedap. Tapi habis jugak lah. Hehe. 


Kami makan lah dekat pantai Ao Nang sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. Hehe. Pantai dia biasa je macam Port Dickson. Cuma banyak bot-bot berlabuh je. Sambil tu Hafiz main drone, terjumpa pulak geng-gebg drone dari China dengan Germany. Syok lah dia ada geng kan. Kita ni dok nengok jela. Hmm -.- Tapi memang Lynn nak puji! Orang-orang kat sana yang kitorang jumpa semua baik-baik dan ramah. Tak kisahlah dari negara mana semua friendly macam dah lama kenal. Cuma orang Malaysia je yang bila kita jumpa macam kerek-kerek dan berlagak. Hahahaha. Sesetengah jela.


Tommy and his wife from Germany. Dia ni orang popular kat youtube, pasal drone ke mavic ke apetah. Kakak mana tau sangat. Haha. *gambar negro kat fb tu edit semata-mata. Suami kita masih putih berseri okeh! nanti raya ingatkan kakak mintak maap pasal yang ni tau. Hihi

Lepas maghrib kami gerak ke night market. Naik motor dalam sejam baru sampai. Yang bagusnya orang sana drive semua berhemah, bertolak ansur n sabar. Kalau orang kita ni dah memang main hon hon je lah jawabnya. Haha. Bila korang nampak payung kuning-kuning tu lah night market. Memang ramai gila orang.

Kitorang tak shopping banyak pon kat sini. Beli T-shirt Krabi 4 pasang je dengan souvenier utk family. Total - 420 bath + 240 bath = 660 bath (RM66) 

Ingat nak beli makanan apa-apa kat night market tu. Tapi entah lah, susah nak carik orang islam. Ada memang ada, tapi makanan dia kita tak berkenan pulak. Haha cerewet bebenor. Jadi malam tu kitorang makan kat Rakan Restaurant macam yg blogger lain recommend. Kedai ni pon area sepanjang pantai. Not bad la, boleh tahan jugak. Tapi make sure korang pastikan halal tau. Sebab macam air Soda dia tak halal. So masa order korang tanya dulu.



Dah lupa apa nama menu kitorang makan ni. Tak silap total = 380 (RM38)

Tamat lah first day di Ao Nang. Rasa memang dah ngam sangat untuk first day kitorang dapat pergi merata tempat. Kita tunggu next day pulak ke Phi Phi Island.