10/17/2016

Makeup by Lola Carrero

Assalamualaikum ♥
Hai. Harini kita nak review makeup by Lola Carrero. Nama akak ni kak Shima. Kita kenal akak mua ni kat facebook je. Sebelum ni usha-usha gitu je. Tetiba tahun lepas dia pm kat facebbok nak mintak tadah muka untuk dia. Hehehe. Oh ye kakak ni tinggal area Banting tau.
Masa tu dia pon baru lagi dalam bidang ni. First time dia mekap kan agak tebal gak la. Ni cakap bebetul ok. Taknak tipu2. Hehehee. Masatu terkejut jugak la tengok muka sendiri. Wkakaka. Kita tak save dah gambar dulu tuh. Segan tengok muka sendiri. Hahahaha
Pastu beberapa bulan lepas dia mintak kita tadah muka sekali lagi. Kali ni wow! Lain sangat. Banyak perubahan yg dia buat. Serius weh, kening yang dulunya tebal gila, kali ni smooth je. Mekap muka pon tak tebal sangat. Just nice omputih kata. Haha

Ramai jugak lah dah gunakan perkhidmatan dia. Hehee. Kalau nak tengok hasil tangan dia korang boleh search ig dan facebook dia Lola Carrero. Untuk yang duduk luar dari Banting pon dia boleh pergi ok. Harga pon berpatutan. Dan yang nak belajar makeup basic pon dia dah start buat. Kelassss kak shima! Ahakssss. K la selamat mencuba uolsss ♥

Review movie : The Crew

Assalamualaikum.  Hai! Gigih sungguhlah kita carik password blog ni. Nasib baik lah dapat balik. Dapat la baca balik draft blog yg dh berzaman. Hhehe.

Semalam kita pi tengok movie cita The Crew. First time tengok kat dPulze Cyberjaya. Yang bestnya kat sini tak ramai orang. Relax je weh. Takyah nak kalut-kalut beratur beli tiket.


Not bad lah cite ni. Cuma macam slow sikit. Kisah pasal Alex ni dia bekas pilot tentera. Dan tukar jadi pilot airline. Dia punya kapten firstly macam rasa Alex ni tak boleh jadi pilot. So masa dia dalam latihan tu banyak la yang kapten dia ni nampak la perubahan kat Alex. Dalam masa yg sama Alex syok kat pilot perempuan ni, Sandra.

Dan start la macam2 yg jadi bila Alex, Sandra dan Kapten ditugaskan dalam satu kapal terbang. Yang tu baru start syok. Ada gunung berapi la, letup sana sini. Tapi paling kita tak expect dalam cerita ni masa dorang nak transfer penumpang dalam kapal terbang tu ke kapal terbang lagi satu. Kalau kat darat takpe, masalahnya kat udara kot. Kau rasa? Haa kena la tengok idea-idea gila dorang ni. Hahahaa. Tak syok la kan kalau dah tau cerita.

Apapun, kita bagi 4 bintang untuk cerita ni. Sebab kita memang suka movie pasal kapal terbang. Hehehe.