10/01/2012

Rindu seorang anak :')

Sunyi sepi tanpa suara, malam yang sangat dingin memandangkan musim sejuk belum berakhir. Di atas sejadah cinta ini ku sujud menghadap-Mu Ya Allah dan di sini jualah tempat aku mengadu dan menagih kasih yang pasti.
Air mata ini bercucuran lagi, hati ku bergelodak menanggung beban perasaan yang tak mampu ku luahkan. Saat ku menadah tangan menagih simpati dan keredhaan-Mu, mendoakan kesejahteraan dan keampunan buat ayah ku, aku terdiam lagi cuba menahan sebak di dada. Memang perit dan sakit kadang-kadang untuk aku ingat semua benda nih. Mungkin orang tengok kita, wah macam takde ape-ape berlaku. Happy go lucky gitu kan. Tapi di sudut hati yang paling dalam hanya Allah yang tahu. Mungkin awak-awak yang senasib dengan saya pun merakan yang same kan?

Namun apakan daya aku juga manusia biasa, biarlah air mata ini mengalir buat pengubat rindu. Dalam hati kecil ku, ku mohon ketabahan untuk meneruskan hidup. Ya Allah amat perit untuk ku telan ujian-Mu ini. Aku juga selalu berdoa agar takkan luput dalam ingatan sedikit pun tentang seorang ayah yang sangat hebat untuk aku. mudah-mudahan Allah makbulkan doa ku yang satu ini.
Selesai menunaikan solat, aku diam sejenak cuba mentafsir atas segala ujian yang aku hadapi. Sedar dan pasti akan hikmah pemergian ayah yang telah pergi hampir 9 bulan.Banyak hikmah yang telah Allah berikan buat keluarga kami. Segala perubahan yang berlaku adalah yang terbaik. Alhamdulillah atas segala hikmahnya dan aku redha.

"Tuppp!!!!..."Tiba-tiba hatiku bagai disentap kuat. Aku menangis lagi. Ya Allah betapa Kau Maha Mendengar dan Maha Mengasihi hamba-Mu ini. Kenapa???Ya Allah aku syukuri atas segala ujian dan nikmat kurniaan-Mu. Redhailah dan damaikanlah hatiku, ibuku, adik-beradikku dan saudara maraku dalam menerima pemergiannya.

Jadikanlah segala ujian-Mu sebagai penguat iman kami. Tempatkanlah ayah di kalangan orang yang beriman. Ampunilah dosa-dosanya, jauhilah dia akan siksa kubur-Mu, terangilah kuburnya dengan cahaya-Mu, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah ilmunya, dan sedekah jariahnya sebagai bekalannya. Dan jadikanlah kami, sebagai anak yang soleh dan solehah sebagai pelaburan akhiratnya yang amat berharga. Amin.
Salam sayang,
Fazlin Zulkarnain

5 comments:

Syila said...

sabar ye kak lynn.
insyaallah arwah di tempatkan di kalangan orang beriman..jangan lupe sntiasa sedekahkan arwah dengan al-fatehah :')

p/s: kita doakan satu hari nanti kak lynn boleh jadi seorang penulis yang terkenal.. amin :')

Lynn Zulkarnain said...

insyaallah. terima kasih Syila :)

Anonymous said...

Moga arwah diberkati di sisi Yang Maha Esa, kita di dunia hanya mampu mendoakan kesejahteraan nya di kehidupan yang abadi di samping Ya Ilahi. InsyaAllah. :)

Lynn Zulkarnain said...

insyaallah, amin..
Terima kasih :')

Maulana Majnun said...

Salaun alaykum, salam santun, sy x taw lak yg awk x derw, maapkn sy sgt2 awk sebab dlu sy kecewakn ati awk jika sy taw yg awk kehilangan seorang ayah sy akn jaga awk dan sy akan mencintai dengan sepenuh hati sy,maafkn sy lin di atas dosa-dosa yg sy lakukan terhadap awk lynn ;(