1/19/2017

Tips bercuti di Krabi

Assalammualaikum w.b.t. 

Hai. Alhamdulillah dah nak seminggu pon balik dari honeymoon kat Krabi. Macam-macam yang plan memang jadi. Ingat Krabi ni biasa-biasa je. Rupanya memang best yakmat weh! so, kat sini Lynn ada nak share sikit tips untuk yang nak bercuti kat Krabi. Mungkin boleh lah kot kalau korang nak tau serba sedikit kan. 


1. Tiket flight

Make sure korang booking flight awal-awal dan survey untuk tiket tambang murah selalu kat AirAsia. Pastu print out terus resit check in tu untuk pergi dan balik terus. Dan masa dalam flight korang terus je isi borang departure & arrival. Untuk kesenangan diri sendiri juga. Takyah nanti dah sampai sana baru terhegeh-hegeh nak isi. Hehe masa itu sangat penting okay!

2. Nak tinggal kat mana?
Tinggal kat area Ao Nang sebab situ tumpuan utama untuk pelancong. Banyak gila hotel kat sana. Dari budget sampai mewah semua ada. Nak senang booking online je kat Agoda pastu print resit pembayaran terus. Sebab risau kalau walk in bilik full je. Jenuh nak mencari satu-satu nanti. Tapi Lynn recommend iRest Ao Nang Krabi Hostel (nanti baca pasal Lynn review hotel ni ye)

3. Nak naik bas / teksi / tuktuk
Dari airport Krabi nak ke Hotel korang boleh pilih nak naik teksi, tuk tuk atau bas. Kalau yang nak budget naik je bas. Dalam sejam lebih sampai lah. 
INFO 

Taxi 600baht/taxi 

Tuk Tuk 400baht/tuk tuk
Bas 150baht/pax. 
Tapi untuk dari hotel ke airport korang cuba tanya dari hotel korang sendiri atau package kat Ao Nang. Sebab harga van sorang 150 bath sahaja. 

4. Susah tak cari makanan halal?
Kalau boleh bawak makanan lebih dari Malaysia sebab senang nanti takyah nak beli-beli. Tapi kalau taknak pon takpe sebab merata  7 Eleven dengan Family Mart kat sana. Cuma kena belek betul-betul ada halal ke tak makanan tu tau. Untuk breakfast ke lunch ke dinner ke cari je sepanjang jalan kat Ao Nang tu. Berlambak kedai makanan halal yang murah dan mahal. Kalau nak yang kedai simple2 tapi sedap boleh try depan Apasari Hotel. Ada makcik orang Kedah yang berniaga kat situ, kedai tepi jalan je. Nak kedai yang macam okay sikit tapi harga boleh tahan cari je Rakan Restaurant atau Bamboo Restaurant.

5. Barang-barang yang perlu di bawa waktu island hopping
Jangan lupa bawa sunblock, losyen, sunglasses, seliper dan waterproof untuk beg dengan handphone masa pergi pulau. Pastu pergi island hopping tu takyah la pakai baju tebal-tebal. Pakai baju sesimple yang boleh. Sebab cuaca memang panas sangat. Untuk pergi emerald pool, stream waterfall, boleh je kalau nak bawak baju lebih untuk salin. Takyah salin pon boleh je sebab memang akan kering sendiri dengan cuaca yang panas. Hehe

6. Adapter traveller


Pastikan bawa siap-siap adapter 2 pin untuk charger kat hotel nanti. Nak senang beli je adapter travel punya. Iron pon korang kena bawa sebab sesetengah hotel budget dorang memang takde sediakan tau. Hehe

7. Nak ambil tour guide ke?
Tak perlu pon tour guide nak ke Krabi ni. Sebab Krabi ni kecik je. Nak kemana-mana korang boleh mintak map dari pihak hotel. Nak pergi pulau-pulau atau ape-ape aktiviti kat sini, carik je package2 ape korang nak. Pastikan survey & tawar-menawar tau. Lynn recommend korang amik Sun-San Travel and Tour. (nanti Lynn cite lebih lagi ye)

8. Shopping murah-murah kat mana?
Kalau nak shopping murah-murah korang boleh pergi night market. Tapi hanya pada hari jumaat, sabtu dan ahad dari jam 6.30 petang sampai 9 malam sahaja. Macam baju korang boleh dapat 100 bath. Kalau pandai tawar dapat lah murah lagi. Dari Ao Nang ke Night Market amik masa dalam satu jam jugak tau. 

9. Package apa yang paling popular?
Package paling laris kat sini Phi Phi Island 7 pulau dan 4 pulau. Tapi kalau nak relaks pergi Hong Island. Banyak lagi pulau2 kat sana, tengok je package2 ape yang ada. Untuk yang kaya, nak pergi private island pon ada. Korang tanya je dekat orang yang bagi package tu. Lepastu yang laris jugak  package pergi Emerald Pool, Stream Waterfall dan Safari Elephant Trekking. Nanti Lynn cita lebih lanjut ye.

10. Thai Massage Traditional
Bila korang dah pergi sini memang rugi lah tak try Thai Massage. Harga dalam 250 bath untuk 1 jam. Confirm 1 badan korang sakit-sakit bila dah balik pulau tu. Serius memang akan terasa letih sangat badan masa tu.


So ini je yang Lynn dapat share untuk tips ke Krabi. Tapi sejujurnya jalan-jalan kat Krabi ni memang sangat senang. Nak cakap dengan orang sana, nak makan, tempat tinggal, kira semua memang senang lah cerita. Kalau ada rezeki memang nak pergi lagi. Bagi Lynn 4 hari duduk sana memang tak cukup. Hehe.


No comments: