1/11/2017

Part 3 : Receptions

 Assalammualaikum w.b.t

3 December 2016, Sabtu, majlis persandingan belah perempuan pon berlangsung. Syukur sangat-sangat sebab benda paling Lynn risau ialah HUJAN. Yes! Minggu tu memang minggu hujan. Banyak-banyak lah berdoa masatu untuk tak hujan, kalau nak hujan pon hujan la lepas habis majlis. Alhamdulillah Allah kaburkan doa semua orang masa tu. Pagi dalam pukul 9 camtu dah start hujan berenti sampai lah habis majlis. Dari segi persiapan semua pon berjalan lancar. Makanan alhamdulillah cukup, servis catering yang teratur, ada juga yang puji majlis meriah walaupon sederhana, even ada ramai jugak yang tak dapat datang disebabkan banyak kenduri lain. Biasalah bulan duabelas kan memang bulan orang kawin.

Pagi tu pukul 10 pagi, mua datang nak start mekap dah. Kali ni Lynn makan kawkaw dulu sebelum makeup. Haha risau kebulur lagi. Dalam pukul 12 lebih dah siap semuanya. Tinggal nak keluar jumpa pengantin lelaki. Tak sabarnyaaaa masatu. Tak sabar nak makan! Sebab dah start lapar. Haha

Photographer nikah dan sanding ni kawan suami. Lynn pon tak pernah jumpa pon, kenal gitu-gitu je kat instagram. So, nak posing-posing pon confirmlah segan weh. Pasal tu muka banyak tak helok. Hahaha :p

Kasut kawin yang mungkin sekali seumur hidup je saya pakai. Sesapa kaki size 5 nak sewa, boleh pm tepi. Hihi

 Tq along sponser kompang!!!!!!

 Rombangan pihak pengantin lelaki yang bertemakan mint and pink

 Tudia mai dah pengantin pompuan. Hehehe

 Boleh pulak lah time tu india rumah sebelah-sebelah pon nak pasang khemah. Aduiii -.-

Baru tau perasaan makan makanan pengantin ni amatlah tak best! Sebab lauk kita tak sama macam orang lain. Yang best sebab dapat layanan yang baik. Semua pelayan yang hidangkan. Hehehe. Tapi makan pon tak dapat banyak sebab nak kejar masa nak jumpa tetamu yang datang. Sat g kang kata pengantin sombong. Hahhaa

 Allhumaabariktanafimarozaktanawakinaazabannar. Aamiin :)

Pengantin pompuan ni memang pantang nampak camera :p

Keluarga kecilku :)

Keluarga belah perempuan. Anak buah lagi sorang tercicir :p

Keluarga belah lelaki

 Pengapit of the day!

wefie sikit!

Sister forever. Nama group sepupu 6 ketul ni. 

Apapun, sekali lagi saya dan suami nak ucapkan terima kasih untuk semua pihak dari segi langsung dan tak langsung. Terima kasih buat mak, abang-abang, kaki par sepupu sepapat yang tolong dalam persiapan majlis kami. Terima kasih tetamu-tetamu yang sudi datang memeriahkan majlis. Mohon maaf jika ada kekurangan  yang kami terlepas pandang. Terima kasih juga buat keluarga mertua dan rombongan dari Ipoh yang sudi datang jauh-jauh. Semoga Allah membalas jasa baik dan dimurahkan rezeki anda semua. Yang baik itu datangnya dari Allah, kita hanyalah merancang. Tuhan yang tentukan. :)

No comments: