5/12/2014

Semester Akhir :')

Assalammualaikum and hai all.
Haiiihhh feeling excited sangat. Lagi berapa hari je kita nak tamatkan zaman diploma. Sekejap pulak rasanya dah tiga tahun. Banyak sangat kenangan zaman belajar ni. Pahit manis semua ada. Suka duka lagilah banyak. Bertukar-tukar kawan tuh perkara biasa lah kan. Kat sini jugak kita kenal mana kawan mana lawan. 

Sem 6 kali nih dalam subject Business Law, kami kena shooting untuk selesaikan kes. Best lah jugak sebab dapat berlakon. Tak masuk tv pon takpelah sebab kita watak cinonet je. Hahaha. Kita ngan Fara jadi adik beradik yang batu api. Ish-ish jahat! Okay sambil tuh nak promote lah. Siapa nak beli barang shaklee boleh pm Fara kat FACEBOOK dia ye. Hihi

Bergambo ngan Mek Bedah. PA retis ni weh :p

 Zyla selaku videographer. Dia ni tak pernah tak cantik. Pakai apepon nampak lawa je. 

 Team shooting kat Pantai Morib, Banting. Bila lah lagi dapat bergamba reramai satu kelas. Huhu

Dah nak maghrib dah masa ni. Kena balik dah. Tak sempat nak makan mangga cicah kicap ngan cili api mak tyka buat. Huhuhu :(


Yeayyy akhirnya dapat jugak ambik gambo sunset. Subhanaallah :')
Sebelum tu, saya Fazlin Binti Zulkarnain ingin mengucapkan......amboii kau ayat macam menang award. Hehehe. Kita nak mintak maaf banyak-banyak dekat sumorang. Kita ni kan manusia biasa yang tak lari dari buat salah silap. Terutama dekat group assignment kita. Ayu, Aida ngan Fatin. Kita mintak maaf kalau tak dapat bagi komitmen yang baik untuk korang. Huhu. Untuk kawan-kawan lain terima kasih jugak yang pernah share-share ilmu dengan kita. Untuk Amira terima kasih jadi kawan cyber yang paling baik untuk kita walaupun tak nak tunjuk identiti sendiri. Low profile katanya. Hehehe. Untuk sumorang yang nak final ni, sama-sama lah kita usaha, doa jangan lupa. Semoga kita semua berjaya dunia akhirat. Nanti dah habis final kalau sempat boleh lah kita berjimba dulu sebelum engkorang balik ke kampung halaman masing-masing. Semoga nanti kalau masing-masing dah berjaya kita tak lupa antara satu sama lain. Jangan nanti jumpa kat uptown pon takmau bertegur dah. Huhu. Alhamdulilah sebab ada kawan-kawan yang superb selama tiga tahun. Paling penting kawin jangan lupa jemput kita uolsss. Untuk yang bercinta sakan, nak final ni kalau boleh jauhkan perasaan yang selalu buat kacau otak tu. Hihihih. Goodluck uolsss.. Sayang engkorang semua :)

4 comments:

Amira :) said...

Goodluck my dear. I know you can do it. Solat jangan tinggal :)

Tashira Sha said...

goodluck akak. all the best :) cantik sgt view sunset tuu :)

Fizi Zaidi said...

lepas nie merasa izajah la pula kan..huuh apa pun good luck utk maadepan si pipi tenbam nie ek.. :)

Lynn Zulkarnain said...

Amira : insyaallah. Thanks for everything :)

Sha : thankyou. Aah lawa kan ciptaanNya :D

Fizi : kalau ada rezeki insyaallah dapat lah merasa. Hehe. Terima kasih ye. Tak tembam dah sekarang :p