10/23/2013

Takdelah hina sangat berbadan kecik ni :)

Boleh tak agaknya kalau waktu gini nak berjiwang-jiwang melayan perasaan yang gundah-gelana bagai laut yang berombak sambil melayan kedatangan angin sepoi-sepoi bahasa? Eh taknak-taknak. Tak rock lah berjiwang-jiwang waktu sekarang ni. waktu nak jiwang tunggu dengan suami nanti. Ahaks gatai noo... Tetiba rasa hari nih nak luahkan perasaan yang lama terpendam. Dari zaman tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, zaman kolej dan hingga sekarang zaman praktikal. Seringkali dikaitkan dengan perkataan KECIK! Jadi terpaksa menaip dengan panjang lebar di pagi hari yang indah ini. Hihi
Sesungguhnya bukanlah tumbesaran saya terbantut. No no no! Tidak sama sekali eh. Saya ikut arwah nenek pasal tuh kecik molek gini. Kekadang tuh memang lah rasa macam sentiasa muda. Cewahh! Rasa macam budak-budak je. Kalau pergi memana then kena bayar, haa ikut harga tiket sekolah rendah je tau. Sangat menjimatkan. Untung iolss! Nak carik baju, kasut, seluar, pun takda masalah sangat sebenarnya. Cuma kekadang manusia nih biasa lah, cerewet kan.

Bila usia makin lanjut, rasa diri dah cukup matang. pergi memane dah reti bawak handbag bagai. Padahal dalam tuh ada payung sebeban je untuk keselamatan diri. Hihi. Pastu dah reti nak conteng-conteng bibir dengan gincu. Bila tak selesa, terus lap sampai habis comot muka. Cuma sampai sekarang saya masih tak reti ber high-heels! Itu rasanya tak akan kot. Kawin nanti pun kalau boleh nak pakai sneekers je. Baru lah comel. Takda lah jalan tonggek-tonggek. Hahaha.

Usaha dah cuba. Dan nampak hasilnya yang sangat ketara. Dulu macam takda perut, laa nih perut dah gendut terlampau. Dulu baju semua longgar-longgar, laa nih semua nak jadik saiz xs! Pandai pulak dia mengecik eh. Dulu berat 40 kg, sekarang naik 4 kilo dalam masa 3 bulan. Memang bagus dan saya bangga atas usaha saya yang sentiasa mengunyah makanan tak kira masa. Hehe
Ni gambar paling ketara nampak saya dah gedempol. Fuhh~~

Tapi itulah. Macam-macam dah rasanya buat saya jadi orang dewasa, tapi tetap orang panggil saya budak sekolah tingkatan 3. Kenapa tingkatan 3? At least bagilah tingkatan 5, boleh jugak terima kan. Paling rasa lawak bila pepagi nak amik pas kat polis bantuan tempat praktikal tuh, dia boleh kata “nak carik mak ke dik?” Carik mak? Waklu!! Saya seorang pelajar yang sedang dalam latihan industri ye pakcik. Dan waktu tuh ape lagi cepat-cepat keluarkan lesen kereta. Haa tunjuk kat pakcik tuh tahun lahir yang tertera. Boleh dia kata “lah 20 tahun la nih? Paseipa KECIK sangat? Ingatkan dok carik mak nak mintak antaq pi sekolah ke apa” Dalam hati rasa macam...haish sabor jela. Sengih-sengih tak ikhlas je yang mampu waktu tuh. Haha

Kesimpulannya, tak kisahlah saiz kita nih kecik ka besau ka, yang penting kita sihat. Alhamdulilah saya bersyukur sangat dapat anugerah dari Allah. Kalau orang nak ngutuk biaq pi kat depa. Mulut oghang mana boleh tutup. Free-free ja depa tambah dosa. Yang penting kita bahagia selalu. Depa yang dok hina konon diri depa tuh hat perfect sangat, sebenaqnya depa jeles depa tak comel macam kita. Wakwkakwa. Jadi kita sebagai hambanya, kenalah selalu bersyukur atas apa yang kita ada sekarang. Atas kurniaanNYA yang kita dapat. Walaupun tak sempurna mana, tapi insyaallah kita masih ada kelebihan yang mungkin orang lain takdak. Assalammualaikum :)

p/s:malam tadi tergerak hati nak tanya khabar dia. Alhamdulilah dia dah dapat kerja dan dia sihat. Semoga bahagia ye kawan :)

12 comments:

ikhwan yusuff said...

kecik tu unik..:)

Sofea Johari said...

kecik takpe ,, yang penting sehat selalu dan diredhai Allah :')

Lynn Zulkarnain said...

ikhwan : semua ciptaanNya memang unik :)


Sofea : Kann.. Itu yang penting

Fais-SKA said...

he3..nampak sgt awk ni kecik =) xpelah..kecik2 comel ape..tinggi awak berape cm??

Lynn Zulkarnain said...

Alhamdulilah. Hihi. Tinggi tuh biarlah rahsia. :p

Fizi Zaidi said...

kecil macam mana pun jiwa mau besar..hehe :)

Nurul Fara said...

kita akan menjadi geng SAY NO TO HIGH HEEL . huhuhu

Iraz Irfan said...

kecik2 la comel, awet muda kot =)

Lynn Zulkarnain said...

fizi : Jiwa kental gitu. Hehe

Lynn Zulkarnain said...

Fara: Betul-betul. Forever and ever. Haha

Lynn Zulkarnain said...

Irfan : sangat setuju..Untungnya..Hihi

Anonymous said...

apa yang terjadi apa hikmahnya