10/09/2013

OOTD: Water World, Snow Walk, Trick Art, Red Carpet

Assalammualaikum. Wahh excited sangat nak update hari ni. Lynn nak share OOTD punya cerita sabtu lepas. Lynn ikut family day acik kat I-City Shah Alam. Free of charge, gila takmau ikot kan. Peluang gini bukan selalu ade. Jadi kita kena manfaatkan dengan sebaiknya. Hihi. Tempat yang free kitorang dapat Water World, Snow Walk dan Trick Art Museum. Yang Red Carpet kena bayar Rm30. Hah murah sangat, dapat diskaun lagik daripada harga asal. Oyeah!!!

Pepagi lagi dah sampai kat sana. Lepas daftar terus excited nak terjun kat kolam. Sebelah Lynn tuh Awin, adik sepupu dan sebelah dia tuh Wawa, BFF dia :)
WATER WORLD
Nih gambar dari pakcik google. Masa kitorang sampai tuh takde lah ramai bebenor cenggini. Sebab kitorang sampai pagi. So pastikan kalau korang malas nak beratur korang kena lah datang pepagi tau.

Sebenornye harga tiket nih macam tak berbaloi. Mahal kot. Tambah sikit lagi baik korang pergi sunway lagoon je. Tapi yang bestnya kat sini korang tak payah risau nak sewa pelampung bagai. Setiap tempat ade pelampung sendiri. So kalau pelampong korang hilang korang boleh ambik je mane-mane pelampong lain. 

Tempat nih macam biase je. Kejap ade ombak kejap takde. Start dari cetek sampai lah ke tempat dalam. Nampak tak tangga belakang tuh? Tuh tangga untuk naik gelongsor. Gelongsor tuh memang terbaik. Antara banyak-banyak tempat mandi, kat sini paling seram gelongsor dia. Dah tuh kena angkut pelampong yang untuk 4 orang punye. Bapak besar dan penat okay!

Masa nih tak fikir ape dah. Nampak tak muka Lynn paling teruk teriak tuh? Lepas naik nih tengkuk terus sakit gara-gara menyalak tak tentu hala. Terima kasih Arin tangkapkan gambau ni :)

Nih dah habis mandi. Letih sangat iollss tau. 
SNOW WALK
Sangat berbaloi dengan harga. Kalau nak jimat korang pakai kasut sendiri je. Please pakai seluar panjang/kain panjang/stokin panjang. Kihkihkih. Baju sejuk akan di beri secara percuma.

 
Muka excited nak masuk snow walk. 

 Mula-mula masuk tuh masing-masing berlagak konon kata "eleh, takde lah sejuk mane pun..".....Bila dah kedalam tuh, masyaallah, korang try lah pergi baru korang akan tau :)

Bersama anak-anak dara yang comel-comel Hahah

 Masa nih tak boleh nak senyum dengan ikhlas dah. Mulut senget-benget gara-gara tak boleh nak buka mulut. Tangan, kaki semua dah kebas. 
Baru boleh bukak mulut sikit. Kihkihkihk. Kerusi yang kitorang duduk tuh di buat daripada ais tau. Punggung masa nih kemain dah beku. Hakhakahak

Syok gila nak benda alah nih. Dah ler "abang" yang jage nih so cuteeeee. Memula ingat budak-budak je boleh naik, saje lah tanye dia. Dia kate "awak nak naik pun boleh lah". Ape lagi dia hulurkan lah terus tongkat tuh. Hehe. Tapi naik kejap je sebab tak tahan sejuk yang amat kat situ. Bila dah naik dia kata lagi, eh kejapnye naik. Baru nak tengok dia memandu. Hahahah. Shy-shy lah :p

Vrommm-vrommm!!!! Licin sangat benda alah nih. Kalau berdiri atas tuh dah boleh main ice-skating teros tau.

Nih waktu lepas naik gelongsor yang ade pelampung ais. Best sangat! Masa naik pelampung tuh, cik abang tuh tolak Lynn, terus menjerit sebab laju gila pelampung nih. Dah tuh dok langgar-langgar ais. Memang syok!

Berdiri atas ais dan di kepung dengan kiub-kiub ais. So cold!!! Tapi peace harus ade :)

Dah keluar dari kehidupan ais. Puas hati sangat-sangat dan berbaloi!
TRICK ART MUSEUM
RM 5
Lynn cadangakan korang pergi time hari biase sebab kalau weekend sarat sangat dengan manusia. Susah nak bergambo nanti. Sebab tempat nih paling murah, semua manusia nak serbu. Tempat nih Lynn tak banyak bergambo pasal batery camera dah low. Rugi nya :(

Nih nampak benor nipunya. Lynn kidal tapi boleh pulak melukis pakai tangan kanan. Haha kantoi dah kat situ :D

Hati-hati ye. Takut terjatuh dalam gaung bawah tuh. 

Jom kita tengok ape ade kat bawah pulak.. Ceh padahal tuh lantai semata-mata tau. Hihi

Lembu nak sondol boleh pulak bagi senyuman lagi. Gamble gila. Haha

Lagi sikit nak sampai ke puncak. (Masa nih korang kena baring untuk bergambo. Buang rasa malu tuh walaupun hakikatnya kat depan ramai gila manusia tunggu giliran)

Muat jugak kalau Lynn nak masuk dalam mulut binatang nih. Kihkihkih

Look at the crocodile! So big! :D

Sotong tuh demand je lebih. Kau tuh haiwan sebok nak pakai duit jugak. It's not your money!!!!

Dialah idolah Lynn. Pipi dah nak sama sikit. Tak lama lagi badan pun gitu lah jadinya. Kahkahkah

Sediakan payung sebelum basah. Hihi

Tension? Meh tumbuk frame nih sampai pecah!

Opss! Anynyonyo tak malu ler dia. Lepas dah perah susu segar nih, boleh ler minum. Yumyum :p

Encik Gorilla tuh ingat kita takut sangat lah tuh buat muka cenggitu? Hahah
RED CARPET
RM 80 / RM40 (DISKAUN)
Kitorang masuk pukul 9 lebih kot. Masa ni tak ramai sangat sebab mahai sikit tiket dia. Tapi sekarang tengah ade diskaun, baik pergi cepat. Tak rugi pun dan sangat berbaloi kalau nak bergambau. Dalam dia besar dan tak crowded dengan manusia. Korang boleh lah feeling-feeling sikit konon kat hollywood gitu. Haha

Abang Mr.Bean. Comel kemain dia buat mata besau camtu. 

Terima kasih encik photographer kat belakang sudi ambik gambo iolss eh. Kihkihkihk

With Obama dengan siapa tah lagi sorang tuh. I'm Not Terrorist :D

Baiknya hati Queen Elizabeth nih bagi Lynn duduk. Cantiknya dia walaupun dah kedut-kedut. Pakai produk kak ton jugak kot? Haha

How's sweet? Kate Middleton dengan Prince William nih memang sesuai sangat. Nak jugak dapat suami tinggi camni. Hihi

Mula-mula ingatkan dia lambai tangan. Eh rupanya dia buat peace. Haa samelah kita. :D

MERDEKA! Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan cicit beliau Lynn Zulkarnain. Kahkahkah

Masa nih malu nak buat aksi sebab kat depan yang jage nih ade mamat comel. Nanti dia gelakkan je. Huhu. Jadi buat aksi yang sopan sikit. Watchaaa!!!!!

Pakcik Jackie Chan. Comel dia berbaju putih. Tinggi diorang nih semua paras bahu Lynn. :(

Start zon music pulak. Siapa tah name pakcik tuh. Lynn lupelah. Masa ni dikerumuni dengan artis-artis hebat tau. Kena main lagu cerita titanic pulak. Nervous iolss tau. Bhahaha

Bersama cucu Michael Jackson dan Elvis. Ada gaya Najwa Latip tak? Kihkihkih. Oh ye cucu MJ tuh adik saudara Lynn, si Arin. Kemain mendada lagi dia bergaya. Hahahaha

Let's beat it with MJ !!!!

MJ cakap "lu rock lah der!!!" Hahahahahaha

Mula-mula nampak PSY nih terus excited berdiri sebelah dia dengan mengenakan sun glasses dan kaki tetiba jadi camtu. Hahaha. Oppa Gendut Style!!! :D

OMG! Teruja gila diorang panggil naik atas pentas ajak berduet. Tapi iolss malu lah. Wakwakwkak

Lynn tak kenal ah siapa artis KPOP nih. Tapi rasanya dia nih kumpulan BIGBANG kot pasal kat rantai dia ade lambang B. Maklom ler iolss tak minat langsung KPOP2 nih.. Tapi kemain gaya macam tergila dia sangat-sangat. Hahahaha puih!!

Abang Rambo. Amboii tengok dia punya badan. Tough giler. Ketak-ketak bagai. Tergugat iollsss. Hahhaa

Arnold Schwarzenegger nih memang handsome weh. Tapi tuh lah name dia, betul-betul susah nak eja :(

Nih Lynn lupa jugak name dia. Nasib baik dia patung je. Dapat ler peluk pinggang cam gitu. Kalau tak mampuih kena marah ngan mak peluk-peluk jantan. Bhahahah

Nih pun taktau nama dia. Tapi seriously dia lawa sangat. 

Ini kakak hiphop mane tah. Tak kenai lah. Kihkihk.

Penat sangat. Kita siar-siar pulak naik kereta comel nih. Singgah kejap kat sawah padi.

Siapa name dia nih eh? Ala yang berlakon cerita tembak-tembak tuh? Adeh lupe lagi :(

Hahahaha suka gila gambar nih. Mak kata gedik nya Lynn melentok kepala kat orang tua nih. Hahahah. He's my sugar daddy okeh! Kahkahkah

Pompuan nih ngajak dinner dengan dia. Tapi punya lame tunggu makanan tak sampai-sampai. dia kemain syok merokok je. Taktau ke harga rokok dah naik? Membazir je -.-

Messi!!!! Nanti nak kawin nak carik laki yang terer main bola cam dia nih. So handsome!

Abang Chong Wei. Tinggi bebenor dia nih. Nasib baik dah kawin, tak dapat ler iolss peluk dia. Kahkahakah

Siapa tah nama pemain basketball nih. Lynn tak minat pun. Tapi comel pulak mamat negro nih bila senyum. Tergoda teros. Haha

Pakcik tiger wood. Amboi fokusnya dia main golf. Sikit pun takmau pandang Lynn. Sombong :(

Masa nih ingat nak drive F1 nih. bila tnaya abang comel tuh dia kata tak boleh naik lah awak. Alooo sedih tau. Takpelah bergambau pun jadi ler. Thumbs up!

Nih Mike Tyson ke sape tah nih. Haha. Let's tinju bebeh! Kita sebagai wanita kenalah ade ilmu sikit pasal tinju2 nih biar boleh jaga diri daripada penyagak yang kejam dan jahat!

Guinness Book of Record. Bersama Francisco Domingo Joaquim's (mulut paling besaq) dan minah lidah paling panjang. Lynn malas google name dia. Nak tau pi carik sendiri.

 Gambau last. OMG! Tanjat iollsss tau. Nama dia Annie Hawkins Turner. Jangan tiru aksi gini ye adik-adik. Kahkahkaha..

Tamat dah OOTD dekat I-City. Best sangat-sangat. Seharian berjalan sampai ler badan semua lesu. Oh ye, pastikan kalau korang nak pergi sini biar cukup bajet. Dan kalau bawak anak-anak, adik-adik, tolong lah pimpin tangan ye. Sebab ramai sangat orang asing kat sane. Banyak benor kes anak hilang kat situ. So, jaga-jga ade yang memerhati. Okay babai, Assalammualaikum.
p/s:lagi sebulan praktikal.. Best ade sedih ade :')

7 comments:

Yaya Tomey said...

macam2 ada ye kat situ.. mcm best aje.. yaya tak pernah puin pergi situ.. hihi

kacang buncis said...

salam..
amboi bestnya main air....hehe

Anonymous said...

ermmmmmmmmmmmm

Lynn Zulkarnain said...

Yaya : pergi lah nanti..Sekarang ade promosi tuh. Memang best!

Lynn Zulkarnain said...

Kacang : waalaikumsalam..best tuh best jugak..kulit pun sampai rentung dah..kahkhakha

Fais-SKA said...

best btol =) semuanya menarik he3..awat gmbar last tu seksi sgt??? kui3..teringin juga nk pergi trick art museum ni

Lynn Zulkarnain said...

Jangan tenung lelame gambau tuh. Bahaya. Haha. Pergilah, murah je :)