11/08/2012

Kata-kata akhir sebelum ke medan peperangan :)



Apa khabar wahai calon2 yang bakal menduduki final exam sekalian? Sudah bersediakah anda untuk mengharungi peperiksaan yang penting tuh nanti? Erghh, terlalu lambat dah kot untuk aku nak wish good luck dekat hampa semua, masing2 tadak nak online dah aih. Aku pun boleh on sebab dah mintak dari awal lagi dengan alasan dekat mak nak tulis blog kata nak mintak ampun dekat semua orang. Walaupun aku pening yang sangat2 hari ni tapi aku tetap nak post blog pasai FINAL EXAM. Takut tak sempat nak mintak ampun. Tekanan exam sangatlah maksimum sehinggakan semakin banyak jerawat bagaikan gunung berapi yang baru tumbuh berceracak (hiperbola).

Hari ini hari jumaat kemudian sabtu sampai lah abis deepavali. Dengaq nama rabu rasa macam nak gelaaa. Berapa hari lagi? Tolak hari ni, sabtu dan ahad. Isnin nak nyawa. Takmau dok selam dah, nanti lemaih tadak pasai mati (harap paham peribahasa secondhand aku ni). Dah2, kalau kira semua jadilah EHHHH, bukan DUA kah? Oh mai god. Dak, tak terkejut pon. Sedaq dah. Tapi awat dok rasa mengigil nak terkencin lagi taktau. Dok ketaq. Tengah bulan dulu dok berdoa bagi exam dipercepatkan. Hari ni dok doa bagi ditangguhkan. Eh2, nak dimansuhkan pun takpa.

Ya Allah aku sekarang semakin dekat exam semakin banyak tekanan dari segenap penjuru. Dari sini baru aku kenai yang mana kawan dan yang mana lawan. Tembelang yang selama ni bersembunyi dah mula menunjukkan belang, kelemahan, kehipokritan sebab nak menang dalam exam sampai mengenepikan ikatan silaturrahim, memulau dan sanggup berbuat apa saja untuk puaskan hati masing2. Aku pula setiap hari dok hamboq ayaq mata pasai depa. Kecik hati tak habih2. Mak kata toksah dok buat ‘cengngeng’ sangat aih, satgi sakit sapa susah? Kata2 mak buat aku jadi kuat.

Nawaitu aku nak belajar bersungguh2 dan buatkan mak bangga, tapi hampa seolah2 mencantas semangat aku agar kecewa dan ‘down’. Aku pun sedar siapa diri aku. Aku tetap mengalah. Aku tak secemerlang macam hampa semua.Walau apapun aku harus menghadapi segala dugaan dan cabaran ini serta bertawakkal dan berserah kepadaMu Ya Allah yang lebih mengetahui.

Ya Allah kau kuatkan iman dan semangatku
Ya Allah kau berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menempuh segala dugaan
dan rintangan
Ya Allah kau tabahkan hati dan pelihara aku ketika menghadapi orang2 yang ingin bermusuhan denganku
Ya Allah kau lindungilah aku dari segala keburukan dan kejahatan
Ya Allah kau berikan aku kejayaan dan kemenangan di dalam perjuangan ini

Ya Allah kau jadikanlah aku lebih matang dan kecerdikan minda
Ya Allah kau terangi hati dan ingatan aku
Ya Allah semoga Engkau permudah dan lancarkan aku menjawab semua kertas soalan peperiksaan agar aku beroleh kejayaan yang cemerlang
Ya Allah aku harap air mata mak adalah air mata kegembiraan bukan kekecewaan
Ya Allah sekiranya di sebaliknya, aku redho dan semuanya adalah kehendak dan ketentuanMu dan sesungguhnya Engkau yang lebih mengetahui akan segala sesuatu.

Amin, amin, amin ya robbal ‘alamin.


 (muka budak pramatang memang cenggitu)

Sebelum aku mengundurkan diri, terlebih dahulu aku ingin mengucapkan ribuan kemaafan kepada mak, keluarga kandung ku, guru2 yang bertungkus lumus demi kejayaan aku, dan juga bersabar dengan kerenah aku, rakan2 dan sesiapa sahaja yang mungkin terasa dengan sikap dan perangai aku. Para bloggers, facebookers semua, maaf banyak2 kerana tak sempat beramah mesra dengan anda sebab sibuk sangat2 dan aku jarang online. ALL THE BEST TO FINAL EZAM STUDENTS ESPECIALLY STUDENT MCS GROUP DOA22.

Akhir kata “Tolong doakan untuk kejayaan aku dalam peperiksaan akhir SEM 3 ini”.

with love,
fazlin zulkarnain

10/02/2012

Mara Clara

Assalammualaikum dan Hye kawan :)


Akhirnya, dapat jugak aku tengok ending Mara Clara nih. Oh bagi korang yang tak tau, cerita nih ade setiap isnin hingga khamis, pukul 3 petang. Cerita nih gantikan ceria Endless Love. Ala yang heronye dulu cerita Marimar jugak tuh. Taktau jugak? Tak minat philiphina? Oh okay, takpela. Tak payah bace dah -.-

Cerita nih mengisahkan kekuargaan. Ala macam cerita sinetron jugak. Jenis tukar-tukar anak. Si bapak nih namenye Gary. Dia yang tukarkan anak keluarga bekas makwe dia  kepada anak dia. Makwe dia nih Alvira kahwin dengan orang kaya, sape eh namenye.. Haa Amante. Yang si Gary nih tak kaya, kayap je. Haha. Yela, kalau dah dendam macam-macam boleh buat kan. Tak gitu?

Ala malas lah nak buat sinopsis cerita nih. Bukan ade dapat markah pun kan. Nak tau pi google je. Kan lagi canggih. Hehe tak puas hati jugak pi lah youtube. Haa tengok lah sepuas-puasnye kan. Tapi agak sedih jugak lah endingnye. Aku terkejut time si Amante tuh terjatuh bangunan. OMG! Berderau jantung aku tau. Lagi satu time si Gary dah mati, aku ingat dia hidup balik. Rupenye, anak dia si Clara yang gila. Hihhik. Tak pasal-pasal bini dia Susan yang jadi hero nak tamatkan cerita nih. Cayalah! Haha berkat anak kembar kau dpaat lah tuh. 

Mara, si cantik, lemah lembut dan kaya

Clara, budak panas baran, sombong tapi dalam hati baik rupenye

Gary, orang paling kejam! Ayah si Clara

Amante, orang kaya. Suami Alvira, bapak Mara

Alvira, bini Amante. Bekas makwe Gary

Christian, pakwe dan sahabat Mara

Desiree, makwe abang aku. Eh silap, dia kawan baik Clara, hati busuk! haha

Itu saja. Okay jage diri semua. Bye