2/01/2014

Jumpa geng zaman sekolah dulu kala

Assalammualaikum everybuddiesss. Hee yeayy akhirnya dapat jugak jumpa membe-membe zaman sekolah dulu kala. Err lama kot tak jumpa diorang semua ni. Selalu dok whatsapp je. Plan nak jumpa tuh banyak kali dah, tapi tak pernah jadi pun. Biasalah memasing busy kan. Pastu semalam tetiba rasa macam nak jumpa Azira, membe sejak dari darjah 6 lagi tau. Memandangkan dia ada sepuluh hari cuti, so apa lagi. Takkan nak lepaskan peluang gini. Heheheh. Terus ler dok pungpangpungpang ngajak membe lain kot-kot nak ikut kan. Akhirnya jumpa lah jugak kat Morib walaupun kejap. Jadi ler kan.

Dok nunggu ayor tak sampai-sampai masa ni.

Hurmm tengok semua dah macam-macam perubahan. Memasing dah segak sangat. Is yang dulunya agak skema sekarang dah gengster gila. Pandai dah keluar ayat-ayat tak sepatutnya. Hahaha. Reza pulak dah jadi abang polis dengan moto besar dia. Kelassss kau. Sepul lagi power. Angkut girlpreng terus. Kemain lawa. Sama tinggi pulak tu, memang sesuai sangat lah uollss. Yang Zul pulak maintain dengan kemacho-an dia. Cuma menyampah kot dia ni orang suruh bukak spec dia takmau. Katanya ada eyebag. Eiii poyoo nau. Tuh yang taktau bila dia tanya-tanya kita selamba badak buat dekk je. Heehehe. Azira pulak memang berubah sangat. Bambam dah dia. Tinggi dari kita pulak tuh. Padahal rasanya dulu dia lagi kecik kot. Bestnyaaa dia. Dan tetiba tak tau pulak si Fakhrul ni ada jugak. Amboii dia lagi lah bambam sangat. Hehehe. Hati senang lah kata kan. Tapi sombong pulak. Katanya Mr.Arrogant kan. Wakakaka. 

 Ni plan si Reyza lah suruh buat bentuk V lah apelah. Yang pendek kena dok depan, so kita lah jawabnya kan. Dah macam group nak buat persembahan je. Kehkehkeh

Kita memang suka curik tangkap gambau orang sesuka hati. Tah dok gelak apapun tak tau. Yang baju merah tuh asyik dengan dia punya gadget je. Busy menghadap benda tuh sepanjang perjumpaan. Haha

Hat ni memang suka gila.Hahaha. Kuajaq betul Sepul ngan Is. Dah ler takmau berjemur dok belakang orang. Dah tuh boleh pulak buat kipas-kipas gitu. Kahkahkah nasib ler Fakhrul :p

 Tengok tuh. Hasih kemain dia ni siap silang kaki bagai. Fokus betul.

Candid. Thankyou Azira. Kita gelak sesorang. Reyza dok kenang nasib agaknya sebab duit dia melayang kena belanja kitorang. Hahaha. Yang si Is tuh. Hmm biarlah dia bahagia dengan dunia maya dia. :p

Mak kita kata Reyza macam gegirl. Wakakaka

 Dok senget kepala pasai apa tah ni. Tau ler tinggi -.-
 With Reyza, Azira dan Iskandar. Tiap kali bergambar dengan Is mesti mata pejam. Spoil betul :(

 Suka kot gambar ni. Sebab kita nampak macam adik-adik dia je. Wakakaa. Sebuk tiru orang baju merah, dia pun nak jugak merah tuh. K fine lagi sekali pejam mata. Arhhhhh -.-

Reyza si pengawas vs Is dan Azira pengawas pusat sumber. Jeles pulak Azira dah berjaya menaikkan pipi sebulat itu. Hohohoh. Comel sangattttt :p
Ituje yang kita sempat upload. Yang gambar selfie-selfie semua tak kuasa nak masuk. Kang muntah ijau korang nengoknyaaa. Hahaha. Walaupun jumpa kejap je, tak pi mana pun, tapi it's mean everything for me. Rindu kot bila lama tak jumpa. Huhuhhu. Paling tak boleh blah bila smeua dok cita sapa kawin dulu bagai. Mentang-mentang kita pakai inai korang semua attact kita. Tak payah pikir kawin lagi. Biar siapkan diri semua dulu. Ekekeke. Yang pasti tak sabar nak rasa nasik minyak Azira. Heee. Lastly, gua sayang lu orang semua :D
p/s: sebelum balik sempat tangkap gambar sunset. Subnaallah kemain cantik sangat.  :')

3 comments:

Muhammad Fakhrul said...

amboi.amboi.amboi.cek mek molek ..untung ade blog ekkk ..boley post gmba2 menarik ..

Muhammad Fakhrul said...
This comment has been removed by the author.
Lynn Zulkarnain said...

Hahaha jangan jeles yo :p