4/16/2013

Soklan cinta macam nih kacang Mak Enon je. Hukhuk :D

Assalammualaikum. Ok hari nih Lynn nak share something. Pasal cara-cara nak memahami encik abang dan cik akak. Senang cerita si pakwe dan cik makwe. Gitu kan senang paham. Aduh Lynn nih. Memana yang belom ada makwe/pakwe boleh lah buat nota simpan untuk lepas kahwin nanti eh. Hihi. Nih Lynn share ikut pengalaman sikit, sambil-2 tuh mintak kat pakcik google sikit. Hakhak. Soklan-soklan cinta macam ni, bak kata orang, kacang je. Tak payah nak tekan kuasa dua ke ape kan.

"Lynn, macam mana nak bagi boyfren kita sayang kat kita? Kita risau kalau-kalau die carik lain..hukhuk.."

Okay korang pernah dengar tak ayat “perempuan dicipta untuk disayangi bukan untuk di fahami”. Cuba fikir betul-betul, ade logiknya ayat tuh. Kat sini bukan bermaksud yang kaum hawa nih tak perlu di fahami langsung. Maksudnya perempuan lebih perlu disayangi atau lebih perhatian. Contohnya ayat mesej yang korang bagi kat dia. Kalau dia jenis gedik nak mampus, dia mesti suka gila bila korang bagi ayat “ I love you sayang”. Tapi kalau awek dia jenis simple je, better tak payahlah nak tiap kali hantar ayat macam tuh. Sat lagi naik jemu, haa susah pulak.

Nak di jadikan cerita, laki-laki pulak lain sikit. Diorang nih tak perlu sangat ayat-ayat jiwang cenggitu. Kang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri je. Laki nih suka kalau si gadis tu boleh memahami life dia. Contohnya laki tuh minat main game, kalau boleh tiap masa nak pegang joystick sambil duduk depan xbox. Korang kenalah beralah sikit. Takpun cuba luahkan, cakap kat dia, kalau dah free nanti, call/text lah korang. Jangan lah marah pulak kata “ U nih bosan lah, asyik game je”.  Sebab tu kalau korang perasan bila tanye kat lelaki “apa ciri-ciri perempuan yang kau carik?” Then salah satu jawapan dia “aku nak perempuan yang boleh faham aku”

"Kenapa laki nih nak awek yang cun je? Yang tak cun tuh nak campak mana?"

Yes. Lelaki memang ah suka awek/bini yang cun-cun. Fakta ni. Kalau dah nama lelaki mesti ah nak yang cantik-cantik. Tak dapat macam nora danish, wawa zainal pon layan gak. Laki memang cenggitu. Lain lah dia gay. Hakhak..
Sebenarnya yang aku tengok lah, laki nih mula-mula je dia nampak dahi licin terus rasa nak terkam. Dah plan nak buat makwe lah, bini lah. Tapi lepas enam bulan kenal, bila tengok perangai awek dia tak elok, dia terus tak kisah dah pasal kecantikan.  Sebenarnya diorang nih takdelah nak cun melecun je awek tuh. Cukuplah sedap mata memandang. Yang paling penting hati awek tuh yang cun, memang terbaik ah kalau gitu.

"Lynn , awek aku kuat potpetpotpet. Bising je memanjang. Fedup bhai."

Lah standart ah tuh bro. Perempuan nih memang dikurniakan banyak cakap. Aku pun nampak je pendiam, hakikatnya orang yang kenal aku je tau. Hakhak. Tapi bila fikir secara rasional, depa nih membebel ada baiknya. Cer tengok mak korang dulu-dulu bebel “kalau ada orang tak kenal ajak naik kereta jangan ikut." Takpun ayat nih "cuba lah belajar masak. Nanti dah berlaki hari-hari makan kedai je”...
Bila diorang nih tak bebel lagi, agak-agak korang mesti rindu kan gelagat diorang tuh?

"Akak nak tegur laki akak pasal dress up dia. Tapi taktau nak guane"

Nak tegor laki ade care die. Contohnya pempuan nak tegur laki dia supaya tukar style rambut yang skema tuh. Jangan ah cakap “ eii hodoh gila rambut U. Baik botak je tak payah ade rambut. Malu lah i” sah-sah laki kau kecik ati beb. Hakhak.
Sebaiknya tegur ah slow-slow. “U tau tak muka uU nih sekali pandang macam Amar Ashraf? Serius I tak tipu. Kazen I pun cakap macam tuh...untung I ada boyfren macam u. Tapi kalau rambut U tu, U bagi style sikit, pergh! Kalah Amar Ashraf tuh tau” haa tuh cara dia :)

So, the conclusion is cara korang tuh kenalah sesuai dengan pasangan korang. Dan jangan lah asyik nak salahkan satu dengan yang lain, sekali-sekala kenalah beralah. Cuba fahami si dia dengan baik. Okay that's all. Assalammualaikum.

6 comments:

Anonymous said...

soklan yang ke empat tuh memang terbaik lah. Selalu takut nak tegur laki. Huhu :p

Lynn Zulkarnain said...

Tak payah takut. Bukan diorang tuh taiko pon. Hakhak

Nurin [arisza] said...

Haha :D Betul jugak tuhh ^_^
Neway, thanks for the tips.

Lynn Zulkarnain said...

Most welcome :)

Nar Bana said...

that's right, kaq..^^

Nurul Fara said...

sangat-2 best . hehehe :)