7/25/2012

Assalammualaikum Ramadhan :')


Alhamdulillah dah lima hari kita berpuasa kan. sempena ramadhan nih, Lynn tengok masing-masing dah pasang niat macam-macam. Bagus lah. Selagi kita boleh berubah ke arah kebaikan, kita cuba yang terbaik ye kawan-kawan.
Sedar tak sedar jugak dah enam bulan arwah abah tinggalkan kami sekeluarga. Lain sangat rasanya bila sahur, buka puasa tanpa arwah. Dulu kalau ade, petang-petang masti pergi bazar same-same dengan mak beli juadah untuk berbuka. Indahnya waktu tuh. Sekarang aku nak pergi bazar pun rasa tak syok dah. Memang tak pergi lagi pun. Kirim makanan kat abang aku jela.
Lepas nih, bulan syawal pulak. Masing-masing gembira nak sambut hari raya kan. sebelum tuh mesti excited nak beli kuih-muih, baju baru, kasut baru, semua baru lah kan. malam raye pulak riuh rendah je rumah. Dengan bebudak main mercun, main meriam, paling syok bila pasang pelita depan rumah dengan ade nya lampu liplapliplap. Meriah tak terkata time tuh.
Tapi dapat ke aku merasa waktu macam tuh lagi? Kegembiraan yang tak terkata tuh lagi? Hurm tentunya tidak kan. apepun, aku sentiasa dapat rasa yang arwah abah sentiasa ade dengan kami sekeluarga. Dan aku pernah bermimpi arwah pesan dekat mak, supaya jangan risaukan dia sebab dia aman kat alam sane. Wallahualam.
Salam Ramadhan Al-Mubarak untuk kawan-kawan yang mengenali :)

No comments: