3/19/2013


Assalammualaikum. okay hari nih macam nak share sikit tentang keluarga. Ye keluarga saya yang tercinta dunia akhirat. Insyaallah :)

Mulakan dulu dengan seorang yang sangat saya sayangi. Seorang yang telah mengazankan saya waktu lahir dulu. Seorang yang sanggup mencari rezeki awal-2 subuh untuk bagi kehidupan yang lengkap untuk keluarga. Seorang yang kelakar walaupun riak wajah kadang-kadang serius. Itulah dia seorang yang di gelar ABAH. Walaupun kini tiada lagi jasadnya di depan mata, tapi hati dan doa kami tak pernah putus untuk beliau. Al-fatehah untuk Allahyarham Haji Zulkarnain Bin Haji Arshad :’)
 Seterusnya, seorang wanita yang sangat hebat. Ye tersangat hebat bagi saya. Sekarang dialah ayah, dia lah ibu, dia lah kawan, dia lah segalanya bagi saya. Wanita yang terlalu banyak dugaan hidup tapi masih kuat dan tabah untuk teruskan kehidupan demi anak-anaknya. Sentiasa kelihatan ceria di riak wajahnya, walaupun dalaman nya tak siapa tahu. Dialah yang banyak dengar luahan hati saya dan sentiasa ade di samping saya tak kira susah atau senang. Dialah emak yang sangat saya sanjungi. EMAK yang sangat mulia di dunia dan akhirat dan bagi saya dia seorang yang jaguh memasak tau :D *harap-harap kepakaran tuh boleh ler turun kat kita jugak :. Beliau adalah Puan Zaharah binti Mohd Noor


Sekarang cerita tentang tiga hero atau lebih macho kita gelarkan mereka bodyguard. Eh bodyguard lah sangat. Badan pun semua sekeping  dan sontot-sontot je. Muahaha! Kita mulakan dulu hero yang pertama yang di kenali Fahmi atau panggilan yang di guna ALONG. Berumur 27 kalau tak silap. Seorang yang sangat serius kot. Garang weh. Taktau lah kenapa anak 1st nih memang selalu garang bebenor kan. hurm tapi garang pun bertempat. Kadang-kadang gila jugak dia nih. Bengong tak tentu pasal. Lantak lah, yang penting tiap bulan aku dapat duit dari dia. Bhaha :D  Sekarang tengah mencari calon untuk mendirikan rumah tangga. Haa gitu lah ceritanya. Ade calon terus inbox saya tau. :D
Okay hero kedua ialah Zulfikri atau lebih manja kita panggil dia NYAH. Eh korang, nih bukan NYAH yang aww-aww tuh okay. Nih nyah maksudnya ANGAH. Berumur 25 tahun dan telah menamatkan zaman bujang pada umur 24 tahun. Dia yang dulu seorang yang sangat pendiam dan pemalu. Tapi lepas saja menghadapi kemalangan pada tahun berapa tah aku tak ingat, cik abang nih terus berubah. Ye, sangat berubah. Menjadi seorang yang sangat peramah, seorang yang sangat berani, dan paling saya tabik lepas je dia sihat, dia tak pernah tinggalkan solat dia. Subhannallah Allah tuh maha besar kan :’)

Dan hero yang terakhir ialah FARID a.k.a. RED COLOR  atau gelaran yang di gunakan oleh saya ialah ALANG. Berumur 23 tahun dan beliau bukan lah budak sekolah lagi ye cik adik semua. Dia pelajar Politeknik kat Arau, Perlis dan mengambil course perfileman tak silap aku. Dia nih simple-2 je orangnya. Dia yang agak rapat sikit dengan aku berbanding Along ngan Nyah sebab kitorang muda-mudi gitu. Haha. dia nih terlalu obses dengan dia punya lukisan. Err bukan lukisan yang kaler-kaler pakai water-colour tuh tau. Haha dia tak berapa nak pro dengan portraite tapi cube kasi dia lukis cartoon, gambar-2 yang scary giler tah ape tah aku pun taktau. Laa nih dia busy dengan design-2 untuk baju yang dia and the gang buat. Memang tak menang tangan. Busy memanjang. Nasib lah siapa dapat dia jadi boyfriend kan. Haha single jugak nih. Siapa berkenan saya boleh bantu. Haha
Dan yang terakhir kakak ipar. Haa akhirnya setelah sekian lama aku teringin sangat nak ade kakak kan, alhamdulilah akhirnya dapat jugak. Dialah Sulaiha Aman. Seorang yang lemah lembut, ceria, sempoi dan tak cerewet. Kekadang tuh bila keluar together-gether kan, nampak je barang cantik ke apa benda mula lah nak tengok. Bila nak beli barang kalau mak tak ikut, dia lah yang jadi saya punya perunding imej. Amboii kemain haa dah macam artis bagai hok. Ahahah.
Tamat sudah akhirnya. Sejujurnya saya sangat bersyukur sebab telah dikurniakan sebuah keluarga yang sangat bahagia dan yang telah sempurnakan hidup saya. Mereka lah yang banyak beri didikan fardhu ain dan fardhu kifayah. Tanpa mereka siapalah saya. Tak pernah saya bayangkan jika mereka hilang dalam hidup saya. Subhannallah terima kasih Ya Allah :’)
p/s:rindu arwah abah sangat-sangat :’(

No comments: