Minggu lepas pergi kenduri kahwin abang membe masa tadika kat dewan jugra. Lame
gila tak jumpa dia kot. Tetiba jumpa, terkedu kejap. Dulu masa tadika aku
dengan dia macam akak dengan adik. Tapi sekarang benda tuh tetap sama. Dia cantik,
tinggi lampai, badan pun tembam. Comel gitu. Kihkih tapi dia kata kat aku “Lynn nape macam
makin kecik je”
alahai Ramizah oii, hari-hari kita dah makan banyak tau. Tiap kali tengok
cermin rasa macam makin berisi je. Tinggi pun macam dah up sikit. Haa berat pun
dah naik 2 kg okay. Genap 40 kg sekarang. Okay lah tuh kan? Takpelah faktor
teturunan nak buat acane.. Hihi kecik-2 kan nampak comel sikit. Kahkahkah
Haa
lagi satu, tadi masa presentation kan, aku rasa macam aku punya suara nih dah
boleh keluar anak tekak kot. Pitching pun lari okay gara-gara konon dah kuatkan
suara. Eh tetiba miss kata tadi suara perlahan sangat. Hurm nak buat camne lagi
aku taktau dah. Miss kata kat kelas tadi aku sopan lah, apelah. Haha miss
takdelah miss, kat rumah saya otai tau. Ketua gangster okay. Hihi.. Cuma kat
kolej kenalah jaga kelakuan sikit... Haha :p
Lepas
tu kan, aku geram betul dengan cik pah classmate aku sorang nih. Suka ajuk bila
aku cakap. Tau lah suara kita comel macam katon kan. Kahkkahakah.. Dah tuh tadi
cik pah tanya, “pagi tadi sarapan
apa”, aku jawab lah “ala makan hot dog je” yang si ecah kata dah macam iklan tv. “tak nak! HOT DOG”! Haha tetiba terpikir tetingin pulak nak jadi
duta iklan. Jadi budak sekolah pun okay jugak kan? Hakhak! Kekadang kan bila
jawab call orang pun diorang ingat aku nih budah tah darjah berapa. Sentap teros.
Eh tapi takpe, rasa muda gitu. Haha untung jugak kan jadi pendek dan bersuara
comel nih. Hahahahhah
Aku
tak kisah pun orang nak kata aku pendek ke, suara katon ke, tak cukup makan ke
ape lah lantak kau lah nak kata apa pun. Yang penting aku bersyukur sangat
sebab dah di kurniakan anggota badan yang sempurna. Kurus ke gemok ke tinggi
atau pendek, tuh semua kan Allah yang cipta.
Kalau benda macam tuh pun kita nak pertikaikan, susahlah kan. Toksah lah
perabih duit konon nak jadi perferct sangat, sat lagi benda lain yang jadi haa
lagi buruk padahnya :D
P/s
: encik Aliff, esok gaji
kan? Simpan sikit untuk khamis next week okay..nak tuntut nih :p
No comments:
Post a Comment