Assalammualaikum. okay hari nih macam nak share sikit tentang
keluarga. Ye keluarga saya yang tercinta dunia akhirat. Insyaallah :)
Mulakan dulu dengan seorang yang sangat saya sayangi. Seorang yang
telah mengazankan saya waktu lahir dulu. Seorang yang sanggup mencari rezeki
awal-2 subuh untuk bagi kehidupan yang lengkap untuk keluarga. Seorang yang
kelakar walaupun riak wajah kadang-kadang serius. Itulah dia seorang yang di
gelar ABAH. Walaupun kini tiada lagi jasadnya di depan mata, tapi hati dan doa
kami tak pernah putus untuk beliau. Al-fatehah untuk Allahyarham Haji
Zulkarnain Bin Haji Arshad :’)
Seterusnya, seorang wanita yang sangat hebat. Ye tersangat
hebat bagi saya. Sekarang dialah ayah, dia lah ibu, dia lah kawan, dia lah
segalanya bagi saya. Wanita yang terlalu banyak dugaan hidup tapi masih kuat
dan tabah untuk teruskan kehidupan demi anak-anaknya. Sentiasa kelihatan ceria
di riak wajahnya, walaupun dalaman nya tak siapa tahu. Dialah yang banyak
dengar luahan hati saya dan sentiasa ade di samping saya tak kira susah atau
senang. Dialah emak yang sangat saya sanjungi. EMAK yang sangat mulia di dunia
dan akhirat dan bagi saya dia seorang yang jaguh memasak tau :D *harap-harap kepakaran tuh boleh ler turun
kat kita jugak :. Beliau adalah Puan Zaharah binti Mohd Noor
Sekarang cerita tentang tiga hero atau lebih macho kita
gelarkan mereka bodyguard. Eh bodyguard lah sangat. Badan pun semua sekeping dan sontot-sontot je. Muahaha! Kita mulakan
dulu hero yang pertama yang di kenali Fahmi atau panggilan yang di guna ALONG. Berumur
27 kalau tak silap. Seorang yang sangat serius kot. Garang weh. Taktau lah
kenapa anak 1st nih memang selalu garang bebenor kan. hurm tapi garang pun
bertempat. Kadang-kadang gila jugak dia nih. Bengong tak tentu pasal. Lantak lah, yang penting tiap bulan aku dapat duit dari dia. Bhaha :D Sekarang
tengah mencari calon untuk mendirikan rumah tangga. Haa gitu lah ceritanya. Ade
calon terus inbox saya tau. :D
Okay hero kedua ialah Zulfikri atau lebih manja kita panggil
dia NYAH. Eh korang, nih bukan NYAH yang aww-aww tuh okay. Nih nyah maksudnya
ANGAH. Berumur 25 tahun dan telah menamatkan zaman bujang pada umur 24 tahun. Dia
yang dulu seorang yang sangat pendiam dan pemalu. Tapi lepas saja menghadapi
kemalangan pada tahun berapa tah aku tak ingat, cik abang nih terus berubah. Ye,
sangat berubah. Menjadi seorang yang sangat peramah, seorang yang sangat
berani, dan paling saya tabik lepas je dia sihat, dia tak pernah tinggalkan
solat dia. Subhannallah Allah tuh maha besar kan :’)
Dan hero yang terakhir ialah FARID a.k.a. RED COLOR atau gelaran yang di gunakan oleh saya ialah
ALANG. Berumur 23 tahun dan beliau bukan lah budak sekolah lagi ye cik adik
semua. Dia pelajar Politeknik kat Arau, Perlis dan mengambil course perfileman
tak silap aku. Dia nih simple-2 je orangnya. Dia yang agak rapat sikit dengan
aku berbanding Along ngan Nyah sebab kitorang muda-mudi gitu. Haha. dia nih
terlalu obses dengan dia punya lukisan. Err bukan lukisan yang kaler-kaler
pakai water-colour tuh tau. Haha dia tak berapa nak pro dengan portraite tapi
cube kasi dia lukis cartoon, gambar-2 yang scary giler tah ape tah aku pun
taktau. Laa nih dia busy dengan design-2 untuk baju yang dia and the gang buat.
Memang tak menang tangan. Busy memanjang. Nasib lah siapa dapat dia jadi
boyfriend kan. Haha single jugak nih. Siapa berkenan saya boleh bantu. Haha
Dan yang terakhir kakak ipar. Haa akhirnya setelah sekian lama
aku teringin sangat nak ade kakak kan, alhamdulilah akhirnya dapat jugak.
Dialah Sulaiha Aman. Seorang yang lemah lembut, ceria, sempoi dan tak cerewet. Kekadang
tuh bila keluar together-gether kan, nampak je barang cantik ke apa benda mula
lah nak tengok. Bila nak beli barang kalau mak tak ikut, dia lah yang jadi saya punya
perunding imej. Amboii kemain haa dah macam artis bagai hok. Ahahah.
Tamat sudah akhirnya. Sejujurnya saya sangat bersyukur sebab
telah dikurniakan sebuah keluarga yang sangat bahagia dan yang telah
sempurnakan hidup saya. Mereka lah yang banyak beri didikan fardhu ain dan
fardhu kifayah. Tanpa mereka siapalah saya. Tak pernah saya bayangkan jika
mereka hilang dalam hidup saya. Subhannallah terima kasih Ya Allah :’)
p/s:rindu
arwah abah sangat-sangat :’(