Assalammualaikum w.b.t
Sambung entry nikah pulak ye. Hehe. Sehari sebelum majlis pernikahan Lynn, tetiba tok kadi call dia tak dapat nak handle Lynn nikah sebab atas urusan lain, so dia pass kat imam yang lain. Pergh masa ni gugur jantung aii. Terus runsing weh. Dah lah tetiba kata kena buat kat pejabat agama. Ah sudah! Masa ni dalam hati kata "karang tak pasal orang fikir aku kena tangkap khalwat pulak. Mulut orang biaslahkan." Fikir punya fikir, takpelah mungkin ada hikmahnya tak dapat buat kat masjid :')
Hari khamis tu barulah siap semua persiapan. Daripada
pelamin, doorgift dan khemah. Macam biasa Lynn akan booking catering dari
Pakcik Mokhtar. Orang legend sungai manggis, Banting. Hehe. Khemah pon daripada
dia jugak. Senang urusan dengan dia. Abang-abang Lynn kawin pon mesti hire dia.
Pelamin dan makeup Lynn dari Butik Anggun De’Sari. Pelamin dia Lynn puas hati
sangat sebab ramai yang dok puji-puji. So Lynn pon happy lah kan walaupon
sebenarnya design Lynn nak tu lain sikit. Tapi it’s okay. Hehe. Inai pon pakai
inai celup je. Haha. Thankyou pengapit saya si Paten sebab sponser inai dan
pakaikan di kukukuku tangan dan kakiku. Haha bukan selalu orang nak pegang2
kaki kita. Wakakkakaka. Thankyou jugak Mira, Kak Ana, Atikah yang sponser
barang hantaran untuk kita.
Lepas zohor, terus Lynn bersiap. Bila orang tanya, ape perasaan
masa tu. Entah, rasa kosong je. Takde rasa nervous ke ape. Haha. Maybe waktu tu
Lynn lapar kot, sebab tak sempat nak makan mua dah datang. Perot lapar kemain
masa tu hanya Allah yang tahu. Bila
sedara mara dah mai, dok intai-intai kat bilik, masa tu baru ada rasa sikit
nervous. Bukan nervous nak nikah, nervous dorang kutuk mekap tebal ke ape ke.
Hahaha.
Dalam pukul 4 terus pergi pejabat agama. Walaupun macam-macam dugaan kat sana, dengan call tok kadi
yang sepatutnya tupon call tak berjawab, carik dewan nak nikah macam tok kadi
tu explain, Tanya ustaz-ustaz kat sana, masing-masing macam taktau. Bila dah
jumpa, kena pulak tunggu macam kaunter tunggu nombor tu sambil dok isi-isi
borang bagai. Haihhh masa ni macam nak
badmood dah. Tapi sabar-sabar. Bila dah settle semua baru masuk dewan nikah. Sekali
tengok bukan dewan pon, pejabat je pon. Hahhaa uztaz ni pandai kelentong orang.
Paling takleh blah dia kata ada pelamin bagai, sekali tengok penuh piala-piala
je dalam pejabat tu. Wakakakaka. Takpelah mana-mana pon sama. Yang penting
keberkatan. Ingat tu!
Masa keluar kereta tu, mata terus carik bakal suami. Haha tetiba ada perasaan sejuk mata tengok muka dia ni pakai baju melayu. Sebab sebelum ni dia pakai baju melayu macam besar-besar je nampak. Kihkih
Bakal suami tengah fokus dengar ceramah tok kadi :)
Masa dalam bilik ni, tetiba suasana hening je. Sunyi semacam tak macam Lynn tengok majlis nikah orang lain. Huhu. Taktau la Lynn sorang yang rasa atau orang lain pon rasa yang sama. Tok kadi ni pon start la ceramah lah sikit bab tanggungjawab suami isteri.
Cerita punya cerita, sampai lah ke akad nikah yang ditunggu-tunggu.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Muhammad Hafiz sah jadi suami Lynn. Masa ni baru lah rasa sebak ya amat. Perasaan tu taktau nak cakap macam ni. Masa tok kadi ni bacakan doa, mulut Lynn dah terkebil-kebil nak tahan airmata tu, tapi still takleh nak cover. Entahlah, rasa sebak sangat bila kita dah jadi milik orang lain. Bukan lagi tanggungjawab keluarga kita. Hmmmm
Dah boleh cover sikit nak senyum-senyum. Hehe
"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikansegala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindungkepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukanyang Engkau ciptakan pada dirinya." (Riwayat Abu Daud )
“Adalah saya Muhammad Hafiz bin Dahalan suami kepada Fazlin binti Zulkarnain yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin RM300 tunai. Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam.”
We're officially married!!!!!!
Mak, walaupun Yen dah ada suami, kasih sayang Yen kat mak tetap sama. Takde beza pun. Yen harap mak doakan kebahagian Yen dan Hafiz ye. Terima kasih mak sebab mak lah yang paling banyak usaha satukan kitorang. Dari awal kenal sampailah dah sah jadi suami isteri. Terima kasih banyak-banyak mak. Muahhh!
Terima kasih jugak mak dan ayah mertua sebab sudi terima kita jadi menantu. Kita cuba jaga anak lelaki kesayangan mak dan ayah satu-satunya yang paling manja ni dengan baik. Insyaallah :)
Apapun, terima kasih semua yang datang majlis pernikahan
Lynn masatu. Yang buatkan persiapan untuk Lynn, yang sanggup jaga rumah masatu,
yang sanggup teman Lynn kemana-mana, dan yang tolong semuanya lah. Hehe. Semoga
Allah membalas jasa korang semua. Amiin.
No comments:
Post a Comment