1/26/2017

Krabi : 3rd day - Emerald Pool, Hot Stream Waterfall & Elephant Trekking

Assalammualaikum w.b.t


Hello! Dah settle trip ke Phi Phi Island, kita sambung cerita untuk hari ke tiga di Krabi pulak. Package yang ni pon Lynn amik kat tempat yang sama denganPhi Phi Island tu. Dekat area Apasari Hotel, sebelah 7 Eleven, ada perempuan pakai tudung yang jadi agent. Dekat dia dapat lah murah sikit.
Package ke Emeral Pool, Hot Stream Waterfall & Elephant Trekking
  • Agent :Khao Panombenja Jungle Trekking
  • Harga : 900 bath per person
  • Masa : 8.30 a.m. - 4 p.m.
  • Package termasuk  : Hotel transfer, national park fee, lunch, insurance. 
So macam biasa pagi tu breakfast lagi kat kedai makcik kedah tu. Kitorang order chicken sandwich, nugget, coffee iced, teh ais. Total bawah 300 bath sahaja. Dalam pukul 8.30 van kitorang pon sampai. Kali ni kitorang orang kedua dia pick-up. Huhu. So kali ni kitorang macam dah terbuang banyak jugak lah masa sebab dia nak amik orang lain dari hotel yang lain jugak. Group ketiga tu orang Malaysia, dan group keempat pon orang Malaysia jugak. Punya lah jauh nak amik group ke empat tu, kena pergi ke airport nak amik dorang. Masyaallah punya lah mengantuk. Penat dok dalam van tu je :(

Emerald Pool

Dalam pukul 10 baru sampai ke Emerald Pool. Kat sini di beri masa selama 2 jam. Nak masuk ke Emerald Pool ni pulak kena berjalan 800 meter. Haihhh letih weh. Sesampai je kat sana korang akan nampak air yang jernih kaw-kaw ni dulu. Sejuk mata memandang. Hehe

Oh ya Lynn nak pesan awal-awal. Masa pergi trip ke sini korang pakai jela seliper yang lembut-lembut sikit ye sebab banyak nak kena berjalan. Tak payah la pakai kasut-kasut nak berfashion-fashion atau nak hipster-hipster masuk hutan ni. Korang jugak boleh je kalau nak bawak baju spare untuk tukar lepas mandi nanti. Tapi tak bawak pun takpe, sebab boleh je bawak baju korang basah-basah tu naik van. Dorang takkan marah. Don't worry ya!

Ni lah pintu utama yang menujukkan korang dah sampai Emerald Pool. Tapi belum betul-betul sampai tau. Haha. Kena berjalan sikit lagi. 

So inilah dia Emerald Pool. Kolam semulajadi tengah-tengah hutan. Paling unik sebab air dia yang seaakan-akan biru turqoise. Kitorang tak mandi pun sebab memula ingatkan kena bawak baju spare. Haha. Tetiba owner van tu kata boleh je kasi van tu basah. Ek eleh! Tapi takpela, lagi pun waktu kitorang datang tu tengah ramai berendam. Air pun jadi keruh. Hahaha so tak rasa rugi pun. hehe

Lepas dah beberapa minit dok tengok orang berendam, kitorang pergi ke Blue Pool pulak. Blue Pool ni pon satu hal lagi. Dari Emerald tadi nak pergi sini amik masa dalam 15-20 minit jugak lah berjalan. Perghh jauh weh. Adoyaiiiiii!!!

Kahkahkah kemain tak tahan berjalan dia boleh pulak berjogging. Jalan nak pergi situ kejap jalan hutan kejap jalan batu. Sampainya tak jugak. Hahaa. Dan akhirnyaaaaa~~~~


Yeayyy dah sampai. Kat sini di larang mandi sama sekali sebab bahaya katanya. So boleh ambil gambar je. Air dia memang biru lain macam. Dan kalau nak tau, kalau kita tepuk tangan kuat-kuat atau ketuk lah ape-ape bagi bunyi kuat, nanti akan ada buih dari dalam tu keluar. Amazing!


Konon nak tema biru jugak. Tapi terpakai baju merah menyala pulak. Hahaaha 


Lepas dah cuci mata kat blue pool, nak jalan keluar sampai ke van parking tu, masyaallah. Letih tak terkata. Mau amik masa dalam 30 minit. Mau tak mau jalan jugak lah slow-slow. Dengan tak semena-mena kaki pon melecet. Al maklumlah kita pakai seliper uptown punya je,  Wakakakka. Pasal tu korang pakai seliper yang jenis tak keras dan tak berat masa pergi sini ya! Ingat! Lepastu kat sini jugak lah kitorang lunch. 1 set makan untuk 4 orang. Memandangkan kitorang 2 orang je, so kena tunggu lagi 2 orang yang lain. Selagi orang tu tak sampai, memang berlapar lah kau masa tu. Hmm. Dapat lah lauk sayur campur, ayam masak lemak cili api, dengan ayam masak apetah tu, tak pernah makan pun. Huhu. Tapi ayam masak lemak cili api dia, pergh!!! Padu & berapi kaw-kaw!.Kalah nogori semilan punya!

Hot Stream Waterfall

Next trip terus ke Hot Stream Waterfall. Kat sini pon masih kena berjalan jauh jugak. Dengan cuaca yang panas sangat waktu tu, sabar jela. Fikir nak seronok je masa tu. Boleh je kalau nak dia hantar sampai tempat tu, tapi kena caj berapa tah, mahal gak lah. Baik jalan kaki, jimat. Hehe


Apa yang menarik kat sini? Yang menariknya ialah, air terjun dia adalah air panas. Nak kata panas sangat tu xdela. Tapi boleh tahan la, Memang sedap berendam. Kat sini jugak lah yang lelaki dapat cuci mata dekat-dekat tengok minah-minah berbikini. Hahah

Syok dia berendam kat situ. Lynn tak dapat mandi pon sebab kaki dah melecet besar. Rendam kaki tu pon pedih gila rasa, tapi cuba tahan jugak. Kat sini di beri masa dalam 1 jam jugak rasanya. Kat sini pon takyah lah salin-salin baju. Pakai je baju korang pakai tu jugak, sebab masa nak jalan ke luar tu baju akan kering dengan sendiri, sebab cuaca memang panas. 

Safari Elephant Trekking

Pergi sini amik masa berejam jugak duduk dalam van. Satu van semua dah pengsan, kecuali driver. Hehe. Waktu ni rasa macam malas nak jalan dah, nak balik hotel terus. Tapi rugi lah, sebab memang dari rumah dah berangan nak naik gajah! nak naik gajah! Sampai je kat sana, terus naik gajah. Haha senang betul planning diorang, tau-tau je sumorang dah letih.

Maaf gambar blur dah waktu ni, dia pon dah lari setting. Huhu. Gajah yang kitorang naik ni umur 10 tahun. Kecik lagi rupanya. Emm masa memula naik tu risau jugak kot dia bawak lari ke ape ke kan. Haha tapi bila dah naik tu, syok jugak lah. Bergoyang-goyang je dok atas tu. Tapi kesian pon ade kat gajah tuh sebab kena bawak kami pusing-pusing. Tapi gajah ni pandai sangat, bila tuan dia bagi isyarat pape, pandai je dia buat. Tapi yang tak bestnya dia pusing-pusing kejap je. Ingatkan ada masuk dalam air macam kat blog lain cerita tu, rupanya kitorang pergi tempat yang lain. Huhu takpelah.

Ni baby elephant. Dia kena mandi dulu sebelum buat show. Tapi gambar dia buat show takde sebab busy amik video je. Hehehe. Tapi memang comel snagat gajah ni waktu dia buat show dia, sesekali tengok gedik pon ade. Haha. So masa kat sini di beri dalam 1 jam jugak.

Settle dah trip hari ketiga. Walaupun penat, tapi berbaloi sebab dapat tengok tempat-tempat orang kan. Hmm balik tu terus rehat dan relakskan diri. Konon nak tidur, tapi bila sampai hotel, duduk kejap je terus nak sambung keluar balik. Haha. So petang tu ronda-ronda kat Ao Nang lagi naik motor. Kitorang sewa motor lagi sehari, so total sewa motor 600 bath tiga hari,

Malam tu carik lagi baju untuk anak buah area Ao Nang Street, 2 helai baju 600 bath. Harga mahal sebab baju baby. Hehe. Pastu waktu nak pergi makan tu, tengah rempit-rempit hujan pulak tetiba turun dengan lebat. Redah jela, lapar punya pasal kan. Malam tu kitorang makan lagi sekali kat Rakan Restaurant. 

 Nasi goreng pataya + Nasi Goreng Udang & Telur + Coffee Ice + Teh Ice =  340 bath. Kalau pergi restaurant ni, jangan minta air soda tau sebab tak halal. Masa tu hafiz dah order air soda, tetiba dia hantar dalam botol macam lain macam je. Bila kitorang tanya, dia boleh cakap tak halal. Laaaa saya pakai tudung kot. Ngoi betul!


So tamat lah hari ketiga di Krabi. Hari keempat kitorang tak dapat berjalan mana pun sebab flight awal. Untuk pergi airport dari hotel, korang boleh suruh pihak hotel arrangekan. Kena caj 150 bath sorang. Kira okay sangat seabab dapat naik van, selesa dan sejuk. Hehe. So alhamdullilah akhirnya trip ke Krabi pon dah selesai. Pembukaan tahun yang sangat bermakna. Kalau nak tanya budget, kitorang memang plan betul-betul dari rumah. Kitorang pergi 4 hari 3 malam. So, total hotel, flight, makan, package untuk 2 hari aktiviti, motor, adalah dalam rm1000 sorang. Hahaha takde lah budget sangat, sebab hotel kitorang caj mahal sikit. Tapi kalau ikutkan budget dua orangtak termasuk hotel dan flight, 4 hari 3 malam dalam rm1200 sahaja. Pasal tu untuk hotel dan flight korang kena riki betul-betul tau! Okay babai~~~~~

1 comment:

billy said...

Salam cik, yg pakej emerald dgn gajah tu 90 bhat ke 900 bhat, psl ada tgk bloggers lain kata 200 bhat per person, ty