Assalamualaikum. Hai.
Alhamdulillah sedar tak sedar lagi 30 hari je kita nak jadi isteri orang. Buat masa ni takde langsung lagi perasaan nervous ke apa. Haha masih watlek je. Cuma haritu la risau yakmat sebab nak settlekan borang2 nikah. Sebenarnya tak susah pon uruskan semua tu. Cuma kita kadang2 tu taktau proses macam mana dan kena amik masa berapa lama kan.So harini kita baik hati nak share sikit. Papehal laki la kena setlekan dulu ye. Dalam masa 3/2 bulan korang dah boleh start proceed ya. Masa ni korang sepatutnya dah pergi kursus kahwin dan buat test Hiv tau. Jangan risau. Kene cucuk sikit je kat hujung cari tu. Tak sakit pon. Hihi. Pastu baru boleh start isi borang.
1. Bakal suami IC dia negeri Perak. So dia kena isi detail dekat laman web http://www.sppim.gov.my/sppim/home . Laman web tu khas untuk negeri 9, Melaka, Perak, Kedah dan Perlis. Korang kene la daftar dulu. Baru boleh isi tau.
2. Nanti dah siap print terus n sediakan dokumen sokongan.
3. Jumpa Pendaftar Nikah Kariah (PPN) atau imam masjid kampung korang tu untuk dapatkan cop pengesahan. Yang ni wakil pon boleh. Tapi kalau negeri Selangor korang sendiri kena pergi siap kena bawa saksi tau. Huhu sabar jela.
4. Hantar semua borang n dokumen sokongan yang dah di cop ke pejabat agama. Dalam 2 hari pon dah boleh siap untuk proses borang kebenaran lelaki. Settle dah, pihak laki boleh bagi semua borang kat pihak perempuan.
5. Kita orang Selangor, so kena daftar dan isi borang 2C dan 2D kat http://ncr.jais.gov.my . Seeloknya korang isi online je sebab kalau salah boleh edit balik. Hehe. Siap semua boleh terus print ye.
6. Sediakan dokumen sokongan n borang2 yang korang print tadi. Bawa sekali borang lelaki tau. pastu bawa jumpa PPN untuk dapatkan cop pengesahan. Jangan lupa pemohon kena pergi bawa wali dan 2 orang saksi tau. Wajib!
7. Boleh terus hantar ke pejabat agama untuk dapatkan borang kebenaran berkahwin dan akan di caj rm10. Amik masa sehari je untuk dorang process.
8. Settle semua, pejabat agama akan bagi borang kebenaran berkahwin dan korang kena isi dan bagi balik pada tok kadi masa akad nikah nanti. Dan korang kena bagitau kat bakal suami sediakan rm160 untuk bagi kat tok kadi rm100, saksi 2 orang rm40, rm20 pendaftaran kawin.
Selesai! Maaf kalau ada salah. Tapi macam ni lah process kita buat. Memula rasa susah gila, bila buat senang je. Cuma jangan malas dan kena push pasangan masing2. Kalau tak buat sambil lewa je. Selalu lelaki lah. Hehehe. Doakan urusan pernikahan saya berjalan lancar ye. Hihi. Moga awak2 semua pun dipermudahkan urusan. Aamiin.
No comments:
Post a Comment