8/12/2013

Al-kisah cerita raya 2013 yang punah dah awesome!

Assalammualaikum. Sebenarnye post nih hari raye pertama dah siap cuma tak sempat nak publish lagi. Raya kali nih aku tak dapat menikmati dengan jayanya. Wahh gitu. Huaa dah seminggu ulser dalam mulut nih bermaharajalela. Makin membesor dia gamaknye. Kesakitan yang aku alami sekarang tidak terkata, tambah-tambah bila bangun tido. Masa tuh bibir rasa macam angelina jolie je. Kuih raya dalam rumah pun belum sempat aku jamah. Aku beraya pun cuma hari raya pertama dan kedua. Then stop terus. Rasa sakit hati dan perit bila nak berkata-kata, maka sebaiknya biarlah aku beristirehat dirumah. dan berharap tak payahlah ade orang beraya rumah aku sebab aku yakin aku tak dapat beri servis layanan yang baik untuk uolss  :’(
Muka terkejut sebab macam tak percaya nampak aku tinggi sikit di pagi raya. Haha
Berbalik cerita raya. Raya pertama yang hancur punah dan sakit jiwa. Sebab ape? Biaselah, masalah masa. Dah tau masa itu emas, lagi melambat-lambatkan. Macam biase raya pertama kat Kampung Baru, KL. Sudah semestinya semua family berkumpul kat sane then teruskan beraya kat area Ampang dan Kampung pandan. Tapi gara-gara masalah “masa” yang dah jadi perkara normal untuk manusia kan, terus hilang mood beraya tau! Last-last ajak mak balik terus then singgah lah kejap rumah akak ipar. Tamat cerita raya pertama yang bosan gila babeng :’(
 with kak su dan jembalang merah belakang tuh my bro :D
kat rumah paklong dengan adik-adik sepupu yang buas!
 muka garang kan? takot tak? takot tak? Haha
Bermula pulak al-kisah raya kedua. Permulaan pagi hari, sedih sebab along cakap takmau bawak beraya. Tambah-tambah pulak hari jumaat, agak leceh untuk lelaki sebab nak pergi solat jumaat kan. Kecewa dah kat situ. Dan mulalah muncung sedepa aku bagi. Konon merajuk katanya. Last-last pergi jugak. Raya kedua start dari nilai terus ke bukit pelandok negeri sembilan, sepang, bukit bangkong, kelanang dan sungai lang. Berpusing 360 darjah di situ.
Big family. Bangganya aku dapat duit raya lagi. Haha
Bila anak-anak dara dah berjumpa, apa lagi. Bergosip tambah sekali bergambar sakan. Setiap rumah gerenti ade gambar. Aku tumpang kereta piza. Kereta baru kan, sape takmau naik. Haha. Yang naik pulak semua anak dara. Paling lawak adik sepupu aku lah, si  Myra. Topik dia asyik cerita pasal instagram memanjang. Haha. Dan lagi satu “mat rempit”. Haha

aku suka peluk orang bila bergambar. rasa macam sweet sangatttt. Hahahahahakkkktuiihh. With awin, myra and atikah :p
 akak-akak sepupu..Piza and kak Ayu
 Ni lah Myra yang suka story pasai instagram. Haha
Walaupun sampai rumah dah nak dekat pukul  10, tapi tak sia-sia sebab perut berisi je. Tiap rumah aku melantak. Walaupun mulut sakit-sakit kan, rugi rasanya nanti kalau tak melantak sikit. Oh ye, dah janji ngan piza nak story satu cerita kat blog.
 Sanak saudara sedang menunggu untuk melantak :D
 Cucu-cucu tok cat yang cun. Kihkihkih. Tahun depan piza dah jadi bini orang :'(
Macam ni ceritanya. Dekat sungai lang, kitorang beraya rumah pakcik jamil. Rumah dia memang besar dan terasa macam batak ah sikit. Haha. Tapi angin je memasing sebab padat gila dengan manusia dan kitorang macam tak dilayan. Huhu. Dari petang sampai lah ke malam tak dapat-dapat makan. Lapar gila okay! Then waktu nak solat maghrib, mintak lah izin tuan rumah nak tumpang solat. Then pergilah bilik atas. Tapi nak solat cemana, telekung tak di kasinye. Haha. Tetiba piza ade plan baik punya. Boleh dia kata “Lynn, boleh tak agaknye kalau kita redah bilik orang” Haha tak sangka bernas sangat idea Piza. Selambe gile masuk bilik orang selongkar carik telekung. Haha. Tapi takpe kot, sebab bukan mencuri. Pinjam kejap je. Balik tuh kan dah mintak maap zahir dan batin. Haha

 warna-warni di aidilfitri
 aku rasa macam aku paling muda bila bergambar dengan orang tinggi. Haha. With adik-adik sepupu :)



Okay tamat dah al-kisah raya. Panjang lebar aku menaip, ade ke orang rajin nak membacanya. Haha. Peduli lah. Selamat hari raya maap zahir dan batin.
p/s: ulser! nyah kau dari sini :’(

No comments: