Assalammualaikum. Semenjak raya ni kan, kemain
nafsu makan Lynn membuak-buak. Kalau dulu makan nasi pun susah. Sepinggan nasi
untuk sehari. Tapi sekarang, pagi makan nasi. Tengahari nasi. Balik keje jumpa
nasi. Malam nasi lagi. Tetiba rasa macam tangki perut dah berkembang sikit.
Hakhak. Syukur alhamdulilah.
Kelmarin hari isnin, JPA bahagian tempat Lynn
praktikal ade buat jamuan raya. Gila tak syok. Tambah-tambah nampak makanan
terhidang. Dah macam dalam alam makanan. Siap ada candy crush corner lagi tau. Nampak
bebenor addicted sangat dengan game. Nama pun jamuan raya, haruslah berbaju raya
jugak kan? Ramai cakap badan Lynn dah berisi. Sebenarnya kan, kalau kat
depan-depan takdelah berisi mane pun. Tetap kecik molek macam dulu tau. Haha
Bersama-sama staff tempat Lynn praktikal. Diorang semua sporting, tak sombong langsung :)
Lynn dengan kak Dayah. Siapa lagi gemok? Haha
Lawak tengok gambau ni. Seboleh-bolehnya nak lebih tinggi dari Kak Dayah sampai terjengkit-jengkit kaki tuh. Malu betoi. HahaNi antara makanan yang Lynn makan. Selebihnya tak larat nak sumbat dah. Terlampau kenyang. Sayang tak dapat nak makan nasi banyak-banyak :(
Candy crush corner. Tempat desert paling laris.
Macam-macam jenis kek ade. Tapi Lynn tak ambik semua pun. Ambik kek coklat je. Muak tengok semua manis-manis depan mata.
Selain tuh ade lah muffin, pavlova, caramel, ice-cream, satay, nasi briyani, lemang, kambing bakar ke apetah namanya tuh, cendol, soto, laksa, banyak lagi lah.
Kerusi semua dah penuh, jadi kitorang makan ler kat atas tikar. Lagi best sebenarnya. Relax dan santai je sambil menjamu selera.
Lynn ternampak pulak lilipop comel ni. Kalau kat kedai beli dalam RM5. Mahal kot. Haha. Tuh yang nampak terus capai dulu. Yummy~~
Selalu kalau beli marshmellow coklat kat kedai penjual tuh yang letakkan coklat, tapi masa ni kita yang kena letak sendiri. Syok pulak main letak-letak coklat tuh. Haha.
Ni dah lepas makan. Kenyang sangat masa ni. Bersama Kak Ina, ratu rambutan. Haha. Ternyata Lynn tinggi sikit dari Kak Ina. Bangganya. Kahkahkah :D
Habis makan tu, ajak kak dayah ambik aiskrim
pulak. Singgah lagi dekat tempat mashmellow. Sebenornya nak main kat mesin
coklat tuh je. Hehe. Habis makan semua tu, tapau pulak gule-gule, keropok,
mashmello lagi, biskut coklat, ngan kek lagi. Tamak sangat sampai tak larat nak
makan. Yang banyak semua kak dayah punye. Lynn punye sikit je. Padan muka dia
kena paksa habiskan. Haha