5/13/2013

Hari-hari kita kena appreciate mak kita :)

Assalammualaikum. Nak dibuatkan cerita, konon nak bikin surprise untuk mak gua semalam sempena hari ibu. Sebenornye nak appreciate mak kita nih tak payah tunggu hari ibu pun boleh. Hari-hari kita kena appreciate mak kita kan. Tapi semalam memandangkan duit yang gua kumpul selama satu minggu sudah cukup untuk bagi hadiah yang gua mampu nak bagi, alhamdulilah lah kan. Yelah gua belum ada duit yang berkepuk lagi, nama pun student. Beli spender pun pakai duit mak lagi. Hakhak.

Sebenarnye plan memula nak bawak kek bagi mak kat umah je. Tapi bila pikir balik mak mana suka kek sangat pun, anak-anak dia je sat g yang telan. So niat gua nak ajak lah abang gua yang kedua suruh dia belanja kitorang semua makan malam. Memandangkan abang gua no hal je, pakat adik beradik malam tadi keluar sesame. Tapi along takde sebab dia kat kl. Petang tuh macam-2 lah kitorang berlakon konon takmau bagi mak tau kan. Sampai gua dengan akak ipar berlakon kena marah dengan suami dia sebab jalan-2 berjam-jam tapi takde beli barang. Padahal hadiah dah siap berkotak-2 bagai dengan kad lagi dok dalam bonet. Haha

So lokasi kitorang cuma dekat pantai morib, banting. Ramai gila malam tadi. Lepas dah order makan, mula lah konon bagi surprise kat mak. Gua cakap "mak-mak, nih hadiah untuk mak dari kitorang semua" alolo mak sampai menitis air mata, macam dah menang award je. Hihi terharu katanya. 

kacau lah lampu belakang tuh -.-
memasing kehausan sampai sedut ayor pun tak henti dah
third brother, red colour
sebenarnya, saya isteri dia-kak su
orang kat meja belakang tuh orang ulama' kot. nasib tak tegor kitorang buat kecoh malam tadi.hihi
yummmyyyyy..sangat delicious hokeh!
kuey teaw kungfu VS nasi ayam
arin pandang gua macam tak puas hati je -.-
nak terkentut rupanya..tersekat ah tuh..hakhak
hahahahahahahaaha...lawakkk sangattttttt


motif main tarik-tarik nih ape kejadahnya nih?menantu, mak, anak
masa nih dah macam buat video clip seiring dan sejalan pulak main cak-cak..ahaks
The moral of this story is harta benda, pangkat semua tuh tak penting sangat pun. Sebab macam mana pun, seorang ibu tuh nak kan kasih sayang dan perhatian dari anaknya. Bukan cuma hari ibu je kita nak hargai mak kita, tapi hari-hari sepatutnya kita hargai dia. Yang paling penting, apa yang kita buat harus sangat kena ade restu dari diorang dan doa dari diorang. Rugi sangat kalau kita jadi anak tapi tak reti nak bagi perhatian dan luangkan masa bersama sebab moment-moment tuh lah akan jadikan kenagan paling terindah suatu hari nanti. Assalammualaikum :D

No comments: