5/21/2013

Gold Coast Morib

Hai assalammualaikum. Yippi~~~Lastly dapat jugak kita berhoneymoon tiga hari 2 malam. Err honeymoon nih bukan dengan suami eh, kawin pun tak lagi kan. pergi dengan family Lynn yang sangat-sangat funny gitu dan dua kazen yang dah macam siblings sendiri. Memang tak kering gusi bila ramai-ramai dah berkumpul, masing-masing pulak macam-macam kerenah. Ahaks bila ingat balik, eiiii tak senonoh langsung.Omaigod! Gerenti tak boleh lupa moment camtu.
Oh ye. Terima kasih bebanyak lah kat along eh sebab bagi beg 2D tuh. Comel sangat~~~
Same kan? Kalau nak korang beli je online kat sini sini
Berbalik pada cerita utama. Lokasi kali nih dekat Gold Coast Morib. Sangat dekat dengan rumah, dalam 25km je kalau dari Banting. Sebenarnya kitorang dapat free sebab ada baucer. So dapat lah apartment 3 bilik. Kalau bayar harga dalam RM750 semalam kot. Service pun okay. Cuma tak syok sangat sebab tak dapat tengok swimmimg pool. Tapi kalau untuk family apartment nih sangat sesuai. Kalau untuk honeymoon ambik yang studio suite je sebab murah sikit dalam RM400.
 
 Apartment nih memang selesa sangat-sangat. Tunggulah ade voucher free lagi, gerenti Lynn pergi lagi. Ahaks!
 Lepas check in, kemas-kemas barang , terus terjun swimming pool. Excited sangat kononnya. Hihi
 With my lovely mom. Dah kenapa lah sekarang gambo Lynn harus ade jari menunjukkan keamanan yang tak berapa nak aman kat tepi sambil mulut ternganga eh? Mungkin ini semua menunjukkan kegembiraan yang sangat menyerlah. WOW!
 Suka sangat air ujan camni. Sambil mandi sambil urut badan yang liat tuh :p
 Kalau malam bagi korang yang kaye tuh boleh lah pergi karaoke, makan kat tempat yang kelasss kat sini. Kalau Lynn, memang tak ah nak makan nasi goreng sepinggan je dah RM30. Tak baik membazir tau! Haha
 Sebelum nak dinner, sempat lagi berposing ala-ala iklan gigi colgate yang baru tuh. Haha

 Lepas check out haruslah bergambar lagi untuk kenangan kan :')
Sebelum balik singgah kejap dekat restoren Asam Pedas. Tapi Lynn makan nasi briyani sebab nampak macam ayam tuh panggil-panggil pulak. Banyak pulak tuh. Pelahap sungguh ko nih! Hakhak. Okay lah nak study pulak untuk final exam next week. Nanti free, Lynn update pasal convo Dato' Alep pulak eh. Assalammualaikum. Nak tido baca doa dulu ye :)

5/18/2013

Bukit Jugra

Assalammualaikum. Eh semenjak dua tiga hari nih kemain lagi sakan nak berjalan je kejenya. Orang lain busy study nak final exam lagi 2 weeks, Lynn nota satu apa tak buat lagi. Haa bangga lah tuh kan? Ahaks. Okay lah nak cerita sikit. Kali nih Lynn pergi lagi sekali ke Bukit Jugra. Kali nih sangat-sangat-sangatlah best gila okay!Nak tau sebab apa? Sebab ada orang main payung terjun!!!!! Batak, jakun, semua ada masa tuh. Hakhak. Selalu tengok dalam tv je, tapi hari nih tengok dengan dua bijik mata secara live lagi. Macam mana diorang setting payung dengan segala benda alah yang diorang angkut masa terbang tuh.
Abang botak tuh lah yang banyak tunjuk ajar. Orang pro kot.
 Masa baru start terbang tuh, rasa nak tepuk tangan sekuat hati. Sebab macam syok je tengok dia berterbangan :D
 Nih dah jauh sikit. Kalau lah Lynn dapat naik, haish gerenti menjerit sampai lah nak mendarat nanti. Ahaks
 Nih masa dekat depan rumah api. Masa nih panas terik sangat-sangat, tapi disebabkan banyak angin so rasa sejukkkk sangat!
 Bajet je mukanya. 
 Orang lain sibuk berjogging, Lynn sempat suruh kak su ambikkan gambo. 
 Kehausan tak terhingga masa nih. 
 Dah tuh ingat nak terus turun balik, tapi diorang nak jugak masuk hutan. Dengan keberanian yang kental kami ikut jela. 
 Dalam-dalam hutan tuh pun masih sempat bergambar kan. Tulah dia pompuan
 BUNKFACE. Semua hodoh! :D
 Pendaki terhebat masa kini
Bukit Jugra is the best and awesome! Eh Ain senyum kat siapa eh? Tertanya-tanya pulak -.-

Tempat nih tak payah bayar pun kalau nak datang. Free of charge. Cuma pastikan bila nak datang, korang dah buang segala isi dalam perut sebab kalau nak terkucil ke apa, memang takde tandas. Lepastu, kalau boleh pakaian tuh biarlah sesuai. Pakai tracksuit je. Jangan jadi macam Lynn, pakai jeans dengan cardigan bagai. Haha. Sebab tak agak pulak nak pergi sini. Haa kalau nak pergi tempat joging pulak, bagi yang naik motor, pastikan dalam bakul motor takde barang sebab banyak monyet. Gerenti kena kombah.

5/13/2013

Hari-hari kita kena appreciate mak kita :)

Assalammualaikum. Nak dibuatkan cerita, konon nak bikin surprise untuk mak gua semalam sempena hari ibu. Sebenornye nak appreciate mak kita nih tak payah tunggu hari ibu pun boleh. Hari-hari kita kena appreciate mak kita kan. Tapi semalam memandangkan duit yang gua kumpul selama satu minggu sudah cukup untuk bagi hadiah yang gua mampu nak bagi, alhamdulilah lah kan. Yelah gua belum ada duit yang berkepuk lagi, nama pun student. Beli spender pun pakai duit mak lagi. Hakhak.

Sebenarnye plan memula nak bawak kek bagi mak kat umah je. Tapi bila pikir balik mak mana suka kek sangat pun, anak-anak dia je sat g yang telan. So niat gua nak ajak lah abang gua yang kedua suruh dia belanja kitorang semua makan malam. Memandangkan abang gua no hal je, pakat adik beradik malam tadi keluar sesame. Tapi along takde sebab dia kat kl. Petang tuh macam-2 lah kitorang berlakon konon takmau bagi mak tau kan. Sampai gua dengan akak ipar berlakon kena marah dengan suami dia sebab jalan-2 berjam-jam tapi takde beli barang. Padahal hadiah dah siap berkotak-2 bagai dengan kad lagi dok dalam bonet. Haha

So lokasi kitorang cuma dekat pantai morib, banting. Ramai gila malam tadi. Lepas dah order makan, mula lah konon bagi surprise kat mak. Gua cakap "mak-mak, nih hadiah untuk mak dari kitorang semua" alolo mak sampai menitis air mata, macam dah menang award je. Hihi terharu katanya. 

kacau lah lampu belakang tuh -.-
memasing kehausan sampai sedut ayor pun tak henti dah
third brother, red colour
sebenarnya, saya isteri dia-kak su
orang kat meja belakang tuh orang ulama' kot. nasib tak tegor kitorang buat kecoh malam tadi.hihi
yummmyyyyy..sangat delicious hokeh!
kuey teaw kungfu VS nasi ayam
arin pandang gua macam tak puas hati je -.-
nak terkentut rupanya..tersekat ah tuh..hakhak
hahahahahahahaaha...lawakkk sangattttttt


motif main tarik-tarik nih ape kejadahnya nih?menantu, mak, anak
masa nih dah macam buat video clip seiring dan sejalan pulak main cak-cak..ahaks
The moral of this story is harta benda, pangkat semua tuh tak penting sangat pun. Sebab macam mana pun, seorang ibu tuh nak kan kasih sayang dan perhatian dari anaknya. Bukan cuma hari ibu je kita nak hargai mak kita, tapi hari-hari sepatutnya kita hargai dia. Yang paling penting, apa yang kita buat harus sangat kena ade restu dari diorang dan doa dari diorang. Rugi sangat kalau kita jadi anak tapi tak reti nak bagi perhatian dan luangkan masa bersama sebab moment-moment tuh lah akan jadikan kenagan paling terindah suatu hari nanti. Assalammualaikum :D