Apa khabar wahai calon2 yang bakal menduduki final
exam sekalian? Sudah bersediakah anda untuk mengharungi peperiksaan yang
penting tuh nanti? Erghh, terlalu lambat dah kot untuk aku nak wish good luck
dekat hampa semua, masing2 tadak nak online dah aih. Aku pun boleh on sebab dah
mintak dari awal lagi dengan alasan dekat mak nak tulis blog kata nak mintak
ampun dekat semua orang. Walaupun aku pening yang sangat2 hari ni tapi aku
tetap nak post blog pasai FINAL EXAM. Takut tak sempat nak mintak ampun.
Tekanan exam sangatlah maksimum sehinggakan semakin banyak jerawat bagaikan
gunung berapi yang baru tumbuh berceracak (hiperbola).
Hari ini hari jumaat kemudian sabtu sampai lah abis
deepavali. Dengaq nama rabu rasa macam nak gelaaa. Berapa hari lagi? Tolak hari
ni, sabtu dan ahad. Isnin nak nyawa. Takmau dok selam dah, nanti lemaih tadak
pasai mati (harap paham peribahasa secondhand aku ni). Dah2, kalau kira semua
jadilah EHHHH, bukan DUA kah? Oh mai god. Dak, tak terkejut pon. Sedaq dah.
Tapi awat dok rasa mengigil nak terkencin lagi taktau. Dok ketaq. Tengah bulan dulu
dok berdoa bagi exam dipercepatkan. Hari ni dok doa bagi ditangguhkan. Eh2, nak
dimansuhkan pun takpa.
Ya Allah aku sekarang semakin dekat exam semakin banyak tekanan dari segenap penjuru. Dari sini baru aku kenai yang mana kawan dan yang mana lawan. Tembelang yang selama ni bersembunyi dah mula menunjukkan belang, kelemahan, kehipokritan sebab nak menang dalam exam sampai mengenepikan ikatan silaturrahim, memulau dan sanggup berbuat apa saja untuk puaskan hati masing2. Aku pula setiap hari dok hamboq ayaq mata pasai depa. Kecik hati tak habih2. Mak kata toksah dok buat ‘cengngeng’ sangat aih, satgi sakit sapa susah? Kata2 mak buat aku jadi kuat.
Nawaitu aku nak belajar bersungguh2 dan buatkan mak bangga,
tapi hampa seolah2 mencantas semangat aku agar kecewa dan ‘down’. Aku pun sedar
siapa diri aku. Aku tetap mengalah. Aku tak secemerlang macam hampa semua.Walau
apapun aku harus menghadapi segala dugaan dan cabaran ini serta bertawakkal dan
berserah kepadaMu Ya Allah yang lebih mengetahui.
Ya Allah kau kuatkan iman dan semangatku
Ya Allah kau berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam
menempuh segala dugaan
dan rintangan
Ya Allah kau tabahkan hati dan pelihara aku ketika
menghadapi orang2 yang ingin bermusuhan denganku
Ya Allah kau lindungilah aku dari segala keburukan dan
kejahatan
Ya Allah kau berikan aku kejayaan dan kemenangan di
dalam perjuangan ini
Ya Allah kau jadikanlah aku lebih matang dan
kecerdikan minda
Ya Allah kau terangi hati dan ingatan aku
Ya Allah semoga Engkau permudah dan lancarkan aku
menjawab semua kertas soalan peperiksaan agar aku beroleh kejayaan yang
cemerlang
Ya Allah aku harap air mata mak adalah air mata
kegembiraan bukan kekecewaan
Ya Allah sekiranya di sebaliknya, aku redho dan
semuanya adalah kehendak dan ketentuanMu dan sesungguhnya Engkau yang lebih
mengetahui akan segala sesuatu.
Amin, amin, amin ya robbal ‘alamin.
(muka budak pramatang memang cenggitu)
Akhir kata “Tolong doakan untuk
kejayaan aku dalam peperiksaan akhir SEM 3 ini”.
with love,
fazlin zulkarnain
No comments:
Post a Comment