Kita
saaaaayaaanng Mak sangat-sangat dunia akhirat :’)
Selamat hari jadi mak!!! Semalam 20 September 2012 genap dah
umur mak yang ke-49 kan. Hihi. Tak sangke kita yang 1st wish kat mak. Kita doakan
semoga mak panjang umur dan sentiasa di murahkan rezeki. Kita jugak harap
semoga mak sentiasa tabah dan sabar menjalani kehidupan sebagai seorang ayah
dan juga ibu. Kalau mak ade baca nih kan, kita nak mak tau.. kita bangge dengan
mak. Sebab ape? Sebab mak nih gagah, kuat macam bini-biniku gangster tuh. Tapi mak
tak kuat dari segi fizikal, tapi mak kuat dari segi naluri hati. Tudia keluar
dah ayat sastra konon-kononnya. Haha
Walaupun abah dah takde, tapi Mak masih boleh hidup macam dulu
kan. Yela, mak sendiri yang cakap, orang dah
takde dah tentu takde.. kita yang masih hidup nih, kenelah teruskan hidup.
Kan mak kan? Kita tau dari sudut hati kecil mak, mak sentiasa rindukan arwah
abah kan? Kita pun same. Tapi kita nak jadi kuat macam mak. Kita tak boleh
sedih-sedih kan mak.
Eh tak nak lah sedih-sedih. Oh lupe, mak sorry tau sebab tak
dapat bagi mak hadiah semalam. Time-time birthday mak pulak lah kita sakit kan.
Sepatutnye time birthday mak, kita yang kene bagi mak relaks goyang kaki kat rumah.
Nih terbalik pulak. Sampai mak sanggup buatkan bubur lambuk untuk kita. Terima kasih
banyak-banyak mak.
Credit to Pn Zaharah Binti Mohd Noor
No comments:
Post a Comment