10/30/2013

Lokasi shoot pre-wedding / wedding (outdoor)

Pantai Kelanang, Banting
Yang bestnya dekat sini gambar korang akan nampak romantik gitu sebab di kelilingi pokok kayu bakau.  Tapi pastikan pergi waktu cuaca yang cantik tau. Jangan pulak nak shoot waktu hujan, bahaya kang air laut naik. Hehe

Bukit Broga, Semenyih
Lynn memang dah plan nak chop tempat ni waktu pre-wedding nanti. Kahkahkah. Berangan kejap. Apa yang syok sangat kat sini sebab korang dapat feeling-feeling di awangan gitu. Dan selain rasa macam dekat dengan awan, korang jugak di kelilingi rumput-rumput hijau yang anggun sangat. Tak percaya tengok gambau-gambau pre-wedding Dr. Sheikh Muzaphar Shukor. 

Ladang UPM
Nampak pokok yang seketul gedabak tu? Haa kalau perasan ni lah tempat shooting cerita Lagenda Budak Setan. Ramai jugak yang suka shoot dekat sini sebab view dia kehijauan sangat ala-ala pencinta alam. Hehe

PULLMAN, Putrajaya
Tempat paling famous untuk shoot wedding. Kat sini boleh di katakan tiap minggu gerenti ada photoshoot bagai. Boleh lah feeling-feeling pemodenan campur klasik sikit kot. Huhu

Kekecewaan banyak mengajar erti kehidupan sebenar

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Salam to all readers~ =) 

"Lelaki mana yang datang kepada perempuan untuk tujuan bercinta dan bukannya untuk berkahwin, maka lelaki itu adalah fasiq. Berbeza jika lelaki itu datang untuk melamarnya dan meminta izin dengan ibubapa perempaun tersebut, maka lelaki itu lebih jauh beragama dan bermaruah"
Saya tahu awak dah tak mungkin ingat pada saya. Sebab awak dah ada dia. Saya cuma nak bagitahu awak sesuatu. 

Awak, ingat tak suatu masa dahulu,sewaktu awal perkenalan kita. Malu-malu je. Awal-awal tu memang sangat bersalah taw, sebab saya tak pernah pun terasa suka dekat awak. First kenal, awak baik. Awak sangat care tentang saya. Saya bahagia. Hati selalu berbunga-bunga je. Jumpa awak malu. Nampak awak jadi segan. Tapi saya tak tahu yang bahagia saya itu akan bertukar jadi derita. Saya tak tau yang bahagia itu diredhai Allah ke tidak.
Awak ingat lagi kita dulu suka merancang (mungkin awak dah tak ingat). Bila dah kahwin nak life macam mana, nak stay dekat mana. Nak anak berapa orang. Nanti kahwin nak theme apa nak pakai baju apa. Semuanya kedengaran nonsense kan. Yeah, love is childlish. =) Semuanya tampak indah. Awak pun tak rasa kekok pun layan saya yang macam budak-budak ni. Tapi awak ajar saya satu benda, perancangan yang kita rancang tu hanya tinggal perancangan. Awak mengajar saya bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang. Awak dah ingat kan saya tentang kuasa Allah secara tidak lansung. Walaupun Allah pilih untuk sedarkan saya melalui kekecewaan yang saya rasa.

Awak ingat tak, saya pernah bungkuskan awak bubur lambuk, nasi lemak, kek batik yang mak saya masakkan. Sanggup tau bodek mak sebab nak awak pun makan yang sama. Kadang-kadang birthday mak saya langsung tak bagi hadiah tapi birthday awak sanggup saya habiskan masa buatkan album yang kartun-kartun untuk awak. Tapi saya salah, awak dah mengajar saya tentang siapa yang sewajarnya saya ingat lebih secara tidak lansung. Walaupun Allah pilih untuk sedarkan saya melalui kekecewaan yang saya rasa.
Awak ingat lagi tak kita selalu keluar jalan-jalan sama-sama (mungkin awak dah tak ingat). Awak bawak saya pergi pantai untuk mencari ketenangan kononya takpun tengok wayang cerita aksi. Automatik bila saya ada problems, saya akan cari awak sebab dengan adanya awak, saya rasa macam semua problems saya hilang macam itu je. Awak motivate saya dan saya rasa awaklah superhero saya yang sangat hebat. =’) Sifir saya, ada masalah jumpa awak. Tapi saya salah, awak dah mengajar saya tentang siapa yang sewajarnya saya cari bila ada masalah secara tidak lansung.Walaupun Allah pilih untuk sedarkan saya melalui kekecewaan yang saya rasa.
Awak berjanji untuk sehidup semati (kononnya lah) dengan saya (mungkin awak dah tak ingat). Awak berjanji macam-macam. Awak kata nak protect saya. Awak kata nak tunaikan impian saya. Awak kata awak nak kahwin dengan saya. Saya tahu, semuanya itu tak akan boleh berlaku kalau Allah dah tak izinkan right? Tapi saya bersyukur semuanya tu jadi kenangan sebab saya dapat belajar bahawa jangan terlalu menaruh harapan pada manusia, sebab mostly mengecewakan. Allah dah kata bergantung dan berharaplah pada Dia, sebab Dia tidak akan mengecewakan. Janji manusia? Apalah yang nak diharapkan. 
Saya kecewa sangat bila awak berharap hubungan kita putus macam tu je. Pagi tu awak text. Awak kata, “Saya mintak maaf tak dapat tepati janji kita. Saya baru sedar yang saya lebih sayangkan EX saya dari awak.” Masa tu saya terlalu sayangkan awak sepenuh hati saya. Saya putus asa. Kenapa awak buat saya macam tu. Setelah macam-macam kenangan yang kita cipta. Bukan mudah untuk saya jatuh cinta tapi sekali saya jatuh cinta, saya akan benar-benar setia. Saya kecewa. Kecewa sehingga saya menyakitkan diri saya sendiri. Awak mungkin tak tahu derita-derita yang saya lalui selepas pagi itu. Tapi, akhirnya saya sedar hati manusia ni Allah yang pegang. Perasaan boleh berubah bila-bila masa sahaja. Malah saya bersyukur Allah pilih saya sebab Allah tahu saya kuat yeay ^___^
Apalah sangat ujian yang saya rasa ni berbanding orang lain. Bila saya fikir baik-baik dan duduk diam-diam, saya percaya bahawa saya orang yang paling bertuah. Walaupun pada awalnya saya rasa bertuah mendapatkan cinta awak tapi saya rasa kini saya lebih bertuah kerana mendapatkan cinta yang lebih agung. Manusia. Selalu mengecewakan dan dikecewakan. Saya tak ada simpan dendam apa-apa pun terhadap awak. Dan perasaan tu pun akan lupus dalam hati saya. Mungkin perasaan sayang-sayang cinta tu dah tak ada dalam rekod hati saya satu hari nanti, nama awak pun saya dah erase kan. Perjalanan hidup panjang lagi. Dan saya nak ucapkan terima kasih sebab pengalaman itu mematangkan saya. Banyak saya belajar. Terlalu banyak perkara yang saya tahu selepas kekecewaan itu. Hati saya ni terlalu banyak dilukai. Tapi tak apa, I’m used to it. Bila dah terbiasa, saya faham itulah aturan Allah. Saya belajar bersabar. Meskipun Allah memilih saya untuk selalu sakit hati tapi saya yakin pilihan Allah bersebab. 
Cinta ni tak perlu dicari. Bila kita terlalu mencari dan cara kita salah dan tidak mengikut syariat sebab itulah kita selalu jumpa orang yang salah. Bila kita dah penat sebab asyik jumpa orang yang salah, mulalah kita kata Allah tak adil. Love is annoying. Love is hurt. Love is what-so-ever. 
Sebelum kita sedar kenapa Allah bagi kita kekecewaan memang rasa sedih tapi percayalah ada hikmah di sebaliknya. DIA nak kita lebih usaha cintakan DIA dulu dari cintakan manusia :)

p/s : Cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kene mengena dengan sesiapa. Hanya sekadar untuk kesedaran diri :')

10/23/2013

Takdelah hina sangat berbadan kecik ni :)

Boleh tak agaknya kalau waktu gini nak berjiwang-jiwang melayan perasaan yang gundah-gelana bagai laut yang berombak sambil melayan kedatangan angin sepoi-sepoi bahasa? Eh taknak-taknak. Tak rock lah berjiwang-jiwang waktu sekarang ni. waktu nak jiwang tunggu dengan suami nanti. Ahaks gatai noo... Tetiba rasa hari nih nak luahkan perasaan yang lama terpendam. Dari zaman tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, zaman kolej dan hingga sekarang zaman praktikal. Seringkali dikaitkan dengan perkataan KECIK! Jadi terpaksa menaip dengan panjang lebar di pagi hari yang indah ini. Hihi
Sesungguhnya bukanlah tumbesaran saya terbantut. No no no! Tidak sama sekali eh. Saya ikut arwah nenek pasal tuh kecik molek gini. Kekadang tuh memang lah rasa macam sentiasa muda. Cewahh! Rasa macam budak-budak je. Kalau pergi memana then kena bayar, haa ikut harga tiket sekolah rendah je tau. Sangat menjimatkan. Untung iolss! Nak carik baju, kasut, seluar, pun takda masalah sangat sebenarnya. Cuma kekadang manusia nih biasa lah, cerewet kan.

Bila usia makin lanjut, rasa diri dah cukup matang. pergi memane dah reti bawak handbag bagai. Padahal dalam tuh ada payung sebeban je untuk keselamatan diri. Hihi. Pastu dah reti nak conteng-conteng bibir dengan gincu. Bila tak selesa, terus lap sampai habis comot muka. Cuma sampai sekarang saya masih tak reti ber high-heels! Itu rasanya tak akan kot. Kawin nanti pun kalau boleh nak pakai sneekers je. Baru lah comel. Takda lah jalan tonggek-tonggek. Hahaha.

Usaha dah cuba. Dan nampak hasilnya yang sangat ketara. Dulu macam takda perut, laa nih perut dah gendut terlampau. Dulu baju semua longgar-longgar, laa nih semua nak jadik saiz xs! Pandai pulak dia mengecik eh. Dulu berat 40 kg, sekarang naik 4 kilo dalam masa 3 bulan. Memang bagus dan saya bangga atas usaha saya yang sentiasa mengunyah makanan tak kira masa. Hehe
Ni gambar paling ketara nampak saya dah gedempol. Fuhh~~

Tapi itulah. Macam-macam dah rasanya buat saya jadi orang dewasa, tapi tetap orang panggil saya budak sekolah tingkatan 3. Kenapa tingkatan 3? At least bagilah tingkatan 5, boleh jugak terima kan. Paling rasa lawak bila pepagi nak amik pas kat polis bantuan tempat praktikal tuh, dia boleh kata “nak carik mak ke dik?” Carik mak? Waklu!! Saya seorang pelajar yang sedang dalam latihan industri ye pakcik. Dan waktu tuh ape lagi cepat-cepat keluarkan lesen kereta. Haa tunjuk kat pakcik tuh tahun lahir yang tertera. Boleh dia kata “lah 20 tahun la nih? Paseipa KECIK sangat? Ingatkan dok carik mak nak mintak antaq pi sekolah ke apa” Dalam hati rasa macam...haish sabor jela. Sengih-sengih tak ikhlas je yang mampu waktu tuh. Haha

Kesimpulannya, tak kisahlah saiz kita nih kecik ka besau ka, yang penting kita sihat. Alhamdulilah saya bersyukur sangat dapat anugerah dari Allah. Kalau orang nak ngutuk biaq pi kat depa. Mulut oghang mana boleh tutup. Free-free ja depa tambah dosa. Yang penting kita bahagia selalu. Depa yang dok hina konon diri depa tuh hat perfect sangat, sebenaqnya depa jeles depa tak comel macam kita. Wakwkakwa. Jadi kita sebagai hambanya, kenalah selalu bersyukur atas apa yang kita ada sekarang. Atas kurniaanNYA yang kita dapat. Walaupun tak sempurna mana, tapi insyaallah kita masih ada kelebihan yang mungkin orang lain takdak. Assalammualaikum :)

p/s:malam tadi tergerak hati nak tanya khabar dia. Alhamdulilah dia dah dapat kerja dan dia sihat. Semoga bahagia ye kawan :)

10/15/2013

Lelaki sila elakkan sikap gini ye :D

 Mudahan-mudahan kaum lelaki boleh ubah sikap yang lebih baik ye. Baru si gadis suka nanti. Hihi
MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya lava gunung berapi. Tapi bila si perempuan tanya aktiviti diorang, tau pulak kata si perempuan nih mengongkong dia. Ish ish ish. No good!
 EGO 
Ni masalah terbesar kat kaum lelaki. Kadang-kadang dia suka bagi alasan yang tah ape-ape sampai kekadang menyakitkan hati si gadis. Ego tak salah asalkan biar kena tempat okay.
MENIPU
Semua orang paling tak suka ditipu. Masa tengah bahagia dia akan bagi semua janji manis, bila dah bosan mulalah macam-macam alasan yang dia cuba bagi. Kononya ada hal yang tak dapat di elakkan, padahai taknak tepati janji yang kau dah buat tuh. Kekadang dah beranak pinak pun tapi masih kata diri tuh solo. Ingat ye kaum lelaki, wanita akan menghormati anda sekiranya anda seorang yang jujur dan berterus terang. Sikap menipu dan dolak-dalih kau tuh lame-lame akan buat si perempuan menyirap.
PERASAN 
Kalau laki tuh ade keje bagus, pandai, berharta, haa mulalah perasan bak hang. Konon dia ingat dia ade semuanya, semua perempuan nak kan dia. Ish please lah. Bukan semua perempuan pandang semua benda alah tuh. Dalam diam kau taktau sebenarnye ramai dok ngutuk sikap perasan kau yang kononnya perfect sangat. Hahahaha
PENGOTOR
Yang nih kadang-kadang lawak pun ade. Kekadang bile berjalan dengan laki, selambe badak je dia kentot. Tak hirau langsung orang sekeliling. Dah tuh buat muka tak bersalah lagi. Yang paling teruk bila dok ludah-ludah dan buang kahak merata-rata. Tak malu ke buat macam tuh? Tolonglah jawab.
PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang raja memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi depa, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, takda lah macho mana pun. Sendep jugak kot! Depa nih bab sikap, kalau boleh nak lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya depa nak menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO ala-ala Adi Putra. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!


Alhamdullilah umur dah mencapai duapuluh tahun. Rasa macam dah besar sangat. Fikiran pun insyaallah makin matang dari segi fizikal dan mental. Hihi. Kehidupan pun makin bahagia botingkek-tingkek! Haha #throwback #birthdaygirl #cousin #bandarkinrara *nak jugak hashtag tuh. Wakakaka
10 tentang saya yang mungkin orang lain taktau

  • Tak suka makan sayur. Kecik-kecik dulu kemain ligat makan sayur. Semua telan. Dah besar nih tekak nih gedik takmau terima sayur. Jimat sikit tak payah beli sayur . Ahaha
  • Suka pegang gunting atau pisau terbalik. Kekadang mak pun pelik bila Lynn pakai mesti kata gunting dah tumpul lah, pisau tak tajam, rupanya terbalik. Dah terbiasa lah. Huhu
  • Tak minat pakai barang kemas. Nanti gatal-gatal. Yang ada pun sebab dah pakai dari kecik tak bukak-bukak sampai dah berkarat. Bhahahaha.
  • Suka rakam suara sendiri. Bukan nak dengar suara yang kononnya merdu, tapi nak dengar betul ke suara Lynn macam katon seperti yang digembar-gemburkan. Bila dengar takdelah macam katon sangat. Tapi adelah sikit macam doraemon. Comel kan?
  • Bila tengok movie yang sweet-sweet kan, Lynn mesti berangan konon dalam cita tuh Lynn heroin dia. Haha over kan! Tapi tulah kenyataannya. Kihkihkih
  • Tak boleh makan pulut. Tak kisahlah pulut kuning ke, ketupat ke, pape jela yang berkaitan pulut mesti pening. So tak heranlah kalau raya tak dapat makan pulut pun.
  •  Suka tengok perempuan cantik. Bukan bermakna saya lesbian, tapi entahla. Tambah-tambah bila tengok perempuan tuh solehah, baik budi dia, Ya Allah cemburu sangat. Masa tuh mulalah dalam hati teringin nak jadi macam wanita tuh.
  • Ubat adelah musuh pertama Lynn. Lebih rela sakit daripada makan ubat.
  • Jarang nampak kuku Lynn warna putih semuanya. Mesti ade inai walaupun tinggal suku. Haha. Memang pantang nampak inai mesti nak pakai dekat kuku.
  • Tak reti pakai high heels. Macam hodoh je kalau jalan tertonggek-tonggek pakai heels. Hakhak. Kalau kawin nanti pun harap-harap tak payah pakai. Amin. Hihi

10/09/2013

OOTD: Water World, Snow Walk, Trick Art, Red Carpet

Assalammualaikum. Wahh excited sangat nak update hari ni. Lynn nak share OOTD punya cerita sabtu lepas. Lynn ikut family day acik kat I-City Shah Alam. Free of charge, gila takmau ikot kan. Peluang gini bukan selalu ade. Jadi kita kena manfaatkan dengan sebaiknya. Hihi. Tempat yang free kitorang dapat Water World, Snow Walk dan Trick Art Museum. Yang Red Carpet kena bayar Rm30. Hah murah sangat, dapat diskaun lagik daripada harga asal. Oyeah!!!

Pepagi lagi dah sampai kat sana. Lepas daftar terus excited nak terjun kat kolam. Sebelah Lynn tuh Awin, adik sepupu dan sebelah dia tuh Wawa, BFF dia :)
WATER WORLD
Nih gambar dari pakcik google. Masa kitorang sampai tuh takde lah ramai bebenor cenggini. Sebab kitorang sampai pagi. So pastikan kalau korang malas nak beratur korang kena lah datang pepagi tau.

Sebenornye harga tiket nih macam tak berbaloi. Mahal kot. Tambah sikit lagi baik korang pergi sunway lagoon je. Tapi yang bestnya kat sini korang tak payah risau nak sewa pelampung bagai. Setiap tempat ade pelampung sendiri. So kalau pelampong korang hilang korang boleh ambik je mane-mane pelampong lain. 

Tempat nih macam biase je. Kejap ade ombak kejap takde. Start dari cetek sampai lah ke tempat dalam. Nampak tak tangga belakang tuh? Tuh tangga untuk naik gelongsor. Gelongsor tuh memang terbaik. Antara banyak-banyak tempat mandi, kat sini paling seram gelongsor dia. Dah tuh kena angkut pelampong yang untuk 4 orang punye. Bapak besar dan penat okay!

Masa nih tak fikir ape dah. Nampak tak muka Lynn paling teruk teriak tuh? Lepas naik nih tengkuk terus sakit gara-gara menyalak tak tentu hala. Terima kasih Arin tangkapkan gambau ni :)

Nih dah habis mandi. Letih sangat iollss tau. 
SNOW WALK
Sangat berbaloi dengan harga. Kalau nak jimat korang pakai kasut sendiri je. Please pakai seluar panjang/kain panjang/stokin panjang. Kihkihkih. Baju sejuk akan di beri secara percuma.

 
Muka excited nak masuk snow walk. 

 Mula-mula masuk tuh masing-masing berlagak konon kata "eleh, takde lah sejuk mane pun..".....Bila dah kedalam tuh, masyaallah, korang try lah pergi baru korang akan tau :)

Bersama anak-anak dara yang comel-comel Hahah

 Masa nih tak boleh nak senyum dengan ikhlas dah. Mulut senget-benget gara-gara tak boleh nak buka mulut. Tangan, kaki semua dah kebas. 
Baru boleh bukak mulut sikit. Kihkihkihk. Kerusi yang kitorang duduk tuh di buat daripada ais tau. Punggung masa nih kemain dah beku. Hakhakahak

Syok gila nak benda alah nih. Dah ler "abang" yang jage nih so cuteeeee. Memula ingat budak-budak je boleh naik, saje lah tanye dia. Dia kate "awak nak naik pun boleh lah". Ape lagi dia hulurkan lah terus tongkat tuh. Hehe. Tapi naik kejap je sebab tak tahan sejuk yang amat kat situ. Bila dah naik dia kata lagi, eh kejapnye naik. Baru nak tengok dia memandu. Hahahah. Shy-shy lah :p

Vrommm-vrommm!!!! Licin sangat benda alah nih. Kalau berdiri atas tuh dah boleh main ice-skating teros tau.

Nih waktu lepas naik gelongsor yang ade pelampung ais. Best sangat! Masa naik pelampung tuh, cik abang tuh tolak Lynn, terus menjerit sebab laju gila pelampung nih. Dah tuh dok langgar-langgar ais. Memang syok!

Berdiri atas ais dan di kepung dengan kiub-kiub ais. So cold!!! Tapi peace harus ade :)

Dah keluar dari kehidupan ais. Puas hati sangat-sangat dan berbaloi!
TRICK ART MUSEUM
RM 5
Lynn cadangakan korang pergi time hari biase sebab kalau weekend sarat sangat dengan manusia. Susah nak bergambo nanti. Sebab tempat nih paling murah, semua manusia nak serbu. Tempat nih Lynn tak banyak bergambo pasal batery camera dah low. Rugi nya :(

Nih nampak benor nipunya. Lynn kidal tapi boleh pulak melukis pakai tangan kanan. Haha kantoi dah kat situ :D

Hati-hati ye. Takut terjatuh dalam gaung bawah tuh. 

Jom kita tengok ape ade kat bawah pulak.. Ceh padahal tuh lantai semata-mata tau. Hihi

Lembu nak sondol boleh pulak bagi senyuman lagi. Gamble gila. Haha

Lagi sikit nak sampai ke puncak. (Masa nih korang kena baring untuk bergambo. Buang rasa malu tuh walaupun hakikatnya kat depan ramai gila manusia tunggu giliran)

Muat jugak kalau Lynn nak masuk dalam mulut binatang nih. Kihkihkih

Look at the crocodile! So big! :D

Sotong tuh demand je lebih. Kau tuh haiwan sebok nak pakai duit jugak. It's not your money!!!!

Dialah idolah Lynn. Pipi dah nak sama sikit. Tak lama lagi badan pun gitu lah jadinya. Kahkahkah

Sediakan payung sebelum basah. Hihi

Tension? Meh tumbuk frame nih sampai pecah!

Opss! Anynyonyo tak malu ler dia. Lepas dah perah susu segar nih, boleh ler minum. Yumyum :p

Encik Gorilla tuh ingat kita takut sangat lah tuh buat muka cenggitu? Hahah
RED CARPET
RM 80 / RM40 (DISKAUN)
Kitorang masuk pukul 9 lebih kot. Masa ni tak ramai sangat sebab mahai sikit tiket dia. Tapi sekarang tengah ade diskaun, baik pergi cepat. Tak rugi pun dan sangat berbaloi kalau nak bergambau. Dalam dia besar dan tak crowded dengan manusia. Korang boleh lah feeling-feeling sikit konon kat hollywood gitu. Haha

Abang Mr.Bean. Comel kemain dia buat mata besau camtu. 

Terima kasih encik photographer kat belakang sudi ambik gambo iolss eh. Kihkihkihk

With Obama dengan siapa tah lagi sorang tuh. I'm Not Terrorist :D

Baiknya hati Queen Elizabeth nih bagi Lynn duduk. Cantiknya dia walaupun dah kedut-kedut. Pakai produk kak ton jugak kot? Haha

How's sweet? Kate Middleton dengan Prince William nih memang sesuai sangat. Nak jugak dapat suami tinggi camni. Hihi

Mula-mula ingatkan dia lambai tangan. Eh rupanya dia buat peace. Haa samelah kita. :D

MERDEKA! Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan cicit beliau Lynn Zulkarnain. Kahkahkah

Masa nih malu nak buat aksi sebab kat depan yang jage nih ade mamat comel. Nanti dia gelakkan je. Huhu. Jadi buat aksi yang sopan sikit. Watchaaa!!!!!

Pakcik Jackie Chan. Comel dia berbaju putih. Tinggi diorang nih semua paras bahu Lynn. :(

Start zon music pulak. Siapa tah name pakcik tuh. Lynn lupelah. Masa ni dikerumuni dengan artis-artis hebat tau. Kena main lagu cerita titanic pulak. Nervous iolss tau. Bhahaha

Bersama cucu Michael Jackson dan Elvis. Ada gaya Najwa Latip tak? Kihkihkih. Oh ye cucu MJ tuh adik saudara Lynn, si Arin. Kemain mendada lagi dia bergaya. Hahahaha

Let's beat it with MJ !!!!

MJ cakap "lu rock lah der!!!" Hahahahahaha

Mula-mula nampak PSY nih terus excited berdiri sebelah dia dengan mengenakan sun glasses dan kaki tetiba jadi camtu. Hahaha. Oppa Gendut Style!!! :D

OMG! Teruja gila diorang panggil naik atas pentas ajak berduet. Tapi iolss malu lah. Wakwakwkak

Lynn tak kenal ah siapa artis KPOP nih. Tapi rasanya dia nih kumpulan BIGBANG kot pasal kat rantai dia ade lambang B. Maklom ler iolss tak minat langsung KPOP2 nih.. Tapi kemain gaya macam tergila dia sangat-sangat. Hahahaha puih!!

Abang Rambo. Amboii tengok dia punya badan. Tough giler. Ketak-ketak bagai. Tergugat iollsss. Hahhaa

Arnold Schwarzenegger nih memang handsome weh. Tapi tuh lah name dia, betul-betul susah nak eja :(

Nih Lynn lupa jugak name dia. Nasib baik dia patung je. Dapat ler peluk pinggang cam gitu. Kalau tak mampuih kena marah ngan mak peluk-peluk jantan. Bhahahah

Nih pun taktau nama dia. Tapi seriously dia lawa sangat. 

Ini kakak hiphop mane tah. Tak kenai lah. Kihkihk.

Penat sangat. Kita siar-siar pulak naik kereta comel nih. Singgah kejap kat sawah padi.

Siapa name dia nih eh? Ala yang berlakon cerita tembak-tembak tuh? Adeh lupe lagi :(

Hahahaha suka gila gambar nih. Mak kata gedik nya Lynn melentok kepala kat orang tua nih. Hahahah. He's my sugar daddy okeh! Kahkahkah

Pompuan nih ngajak dinner dengan dia. Tapi punya lame tunggu makanan tak sampai-sampai. dia kemain syok merokok je. Taktau ke harga rokok dah naik? Membazir je -.-

Messi!!!! Nanti nak kawin nak carik laki yang terer main bola cam dia nih. So handsome!

Abang Chong Wei. Tinggi bebenor dia nih. Nasib baik dah kawin, tak dapat ler iolss peluk dia. Kahkahakah

Siapa tah nama pemain basketball nih. Lynn tak minat pun. Tapi comel pulak mamat negro nih bila senyum. Tergoda teros. Haha

Pakcik tiger wood. Amboi fokusnya dia main golf. Sikit pun takmau pandang Lynn. Sombong :(

Masa nih ingat nak drive F1 nih. bila tnaya abang comel tuh dia kata tak boleh naik lah awak. Alooo sedih tau. Takpelah bergambau pun jadi ler. Thumbs up!

Nih Mike Tyson ke sape tah nih. Haha. Let's tinju bebeh! Kita sebagai wanita kenalah ade ilmu sikit pasal tinju2 nih biar boleh jaga diri daripada penyagak yang kejam dan jahat!

Guinness Book of Record. Bersama Francisco Domingo Joaquim's (mulut paling besaq) dan minah lidah paling panjang. Lynn malas google name dia. Nak tau pi carik sendiri.

 Gambau last. OMG! Tanjat iollsss tau. Nama dia Annie Hawkins Turner. Jangan tiru aksi gini ye adik-adik. Kahkahkaha..

Tamat dah OOTD dekat I-City. Best sangat-sangat. Seharian berjalan sampai ler badan semua lesu. Oh ye, pastikan kalau korang nak pergi sini biar cukup bajet. Dan kalau bawak anak-anak, adik-adik, tolong lah pimpin tangan ye. Sebab ramai sangat orang asing kat sane. Banyak benor kes anak hilang kat situ. So, jaga-jga ade yang memerhati. Okay babai, Assalammualaikum.
p/s:lagi sebulan praktikal.. Best ade sedih ade :')