9/25/2013

Birthday mak dan sepupu yang gonjeng-gonjeng :D


Hari ni baru sempat update hari jadi mak jumaat lepas, 20 September. Sebenarnya sambut sekali birthday sepupu, Arin dan Awin. Buat simple-simple je. Berape kerat je yang ade. Hihi. Lynn takde duit banyak untuk beli hadiah mak yang special. Lynn cuma mampu hadiahkan album hasil dari tangan Lynn sendiri. Dalam album tuh ada semua gambar ahli family Lynn siap dengan kata-kata yang indah tau. Hihi
Ambik masa seminggu lebih nak buat nih. Ingat nak cuci kat kedai tapi jadi lain pulak nanti. Jadi Lynn print je semua gambar-gambar. Hehe. Terima kasih kak su sebab tolong ngan teman kita. Meh layan gambar-gambar yang tak semenggah dari kitorang semua. Hehe

Ni semua hasil tangan kidal Lynn. Cuma yang bintang-bintang tuh bukan. Jenuh dah belajo tak pas-pas buat benda remeh tu. Hahaha
Bersama mak tersayang 

Birhday boy hari nih. Tapi sambut minggu lepas sekali. hihi

Mak, Lynn, Kak Su


 Sesi pemberian hadiah. HihiBirthday mak Lynn same hari dengan birthday Awin, sepupu yang sedang meningkat remaja. 

Macam cover je muka kau ni win. Hahahaha
 Muka tak cover macam Arin nih,, Mutalib gonjeng. :p
 Yang budak kecik bawah tuh dok nyebok nak interprem padahal birthday dia lambat lagi. Haha. Seroja betoi.Tengah nyanyi "Allah selamat kan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu semua, Allah selamatkan kamu. Yeahhhh. Tiup lilinnya, tiup lilinnya, tiup lilinnya sekarang, lalalalalallaaa. Tak ingat aku lirik lagu tuh. Haha Puhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!~~~~~~~~~~Sesi memotong kek. Mula-mula takmau beli kek pasal masing-masing tak gemau sangat makan kek. Tapi kalau birthday haruslah ada kek baru rasa macam birthday kan. Nak tergelak nengok muka Awin. Hahahahahaha. Mampuih kena maki dengan dia nanti :p

Makin besau dah mutalib gonjeng nih. Panau kat muka pun membuak-2 gamaknya. Haha

Muka yang sangat nonsense giler -.-

Selesai sudah melantak, masing-masing nak main props yang penat Lynn buat berhari-hari. Kihkihkih


Hahahahahha. Mak bila tengok gambau ni mesti dia gelak. Hodoh sangat agaknya muka anak dia. Tapi rasanya muka mutalib jenglot tuh lagi hodoh. Bhahahaha

 Suka benor buat muka -.-

Kembangnya muka Lynn kan? Of coz lah, hari-hari Lynn kena happy :D
Lastly, muka paling mintak terajang agaknya. Semua hodoh okay. Bukan Lynn je. Kahkahakah.
Okay itu je gambau yang dapat di upload. Hurm Mak, Lynn tau mak tak baca pun blog Lynn ni. Tapi andai kata mak ade terbaca satu hari nanti, Lynn nak mak tau Lynn bangga sangat di kurniakan seorang mak yang sangat memahami, penyayang, pandai buat lawak, sporting, kira di mata Lynn sempurna sangat. Walaupun kadang-kadang kena marah sebab sikap Lynn yang tak tentu hala ni, tapi Lynn tetap sayang mak. Mak mentor utama Lynn tau. Lynn nak jadi macam mak. Nak tau kenapa? Sebab mak kuat. Mak sentiasa tabah dan sabar dengan segala dugaan yang datang. Mak tak pernah putus asa untuk bahagiakan keluarga kita. Mak, Lynn cuba jadi anak yang solehah untuk mak dengan abah. Lynn sentiasa doakan mak dengan abah dalam solat. Lynn tak pernah lupa doa yang ustazah darjah 1 ajar dulu untuk ibubapa. Allahumma firghli zunubi waliwalidayya warhamhumma kama robbayani soghiro.Mak, Lynn doakan semoga hidup mak sentiasa diberkati Allah. Sentiasa di murahkan rezeki, di panjang kan umur dan sihat tubuh badan, dan bahagia didunia dan juga akhirat. Lynn sayang mak :’)

9/09/2013

Potluck raya, ending KPOPS, merdeka events :)

Assalammualaikum. Lynn nak flashback balik events minggu lepas dekat JPA, Putrajaya. Memandangkan minggu lepas minggu terakhir raya, dah tentu lah bahagian masing-masing nak buat makan-makan termasuk unit Lynn jugak.
Gambar ni masa jumaat dua minggu lepas, 23 Syawal. Lynn punya unit UPKS buat potluck . Lynn taktau nak bawak menda, last-last beli barang untuk  buat kek batik. Sebenarnya ni buat jamuan untuk En.Jo (bos) sebab dia nak pi sambung belajor. Macam biase lah, makanan terhidang banyak sangat, antaranya nasi berlauk, mihun sup kuning, macam-macam desert ade. Tak tersenarai pulak kalau tulis kat sini *padahal tak ingat name-name kek tuh :p
Bergambo dengan warga UPKS yang molek belaka :)
Kak Endang (tengah) di apit dengan dua Lynn. Lynn besar (kiri) dan Lynn kecik (kanan)
Yang ni pulak jumaat minggu lepas, jamuan sempena hari terakhir En.Jo berkhidmat di UPKS. Tapi Lynn tak sempat makan pun sebab start pukul 4.15. Padahal dah target nak makan mihun sebenarnye. Hihi. Tapi sempat lah tapau popia dengan cupcake sikit.
Tak sempat makan pavlova :(
Popia ni gemuk. Sedap sangat sebab dalamnya  ade salut telur. 

Bersama Ummi riang ria raya :D
With Mak Ton. Comel tak? Comellllllllllllllllllll~~~~~
Kak Ina still khusyuk buat keroje. Bagus kak ina bagus. Hehe
Last gambau Kak Dayah. Semua tempat dia kongker. Haha. Takpe, kenangan dekat tepi pasu bunga pun boleh. Haha
Ni pulak sambut hari merdeka semalam dekat dataran JPA. Best jugak, tak macam sambut masa zaman sekolah dulu. Kalau dulu masa sekolah lame nak habis. Tapi semalam lepas bacaan doa, nyanyi-nyanyi sikit, lepaskan belon ke udara, dah habis. Sempoi je. Siap ade pancaragam JPAM buat persembahan, WATANIAH dengan Polis berkawad, dan  dengan kumpulan koir lagi. 
With Kak Dayah. Kak Dayah cakap kalau edit biar hilangkan jerawat dia. Hihi. Opss terkantoi pulak. Haha
Lawa gambau ni. Kalerful gitu :D
Ummi dengan Mak Ton. Kemain ceria sangat. Hehe
Belon berlepas ke udara. Subhanaallah, lawa sangat masa ni :)
Agak-agak belon ni sampai ke mane eh? Kat atas tuh dia meletop sendiri ke, kapal terbang langgar ke atau burung patuk? Ermm pikir jap.
 Lynn, Mak Ton, Ummi dan Kak Dayah <3>
Gambau penuh. Thank you ler abang Azrul sebab ambik gambau ni. Hihi.
Hari ni pulak ade meeting dengan KPOPS (bos). Kata-kata terakhir sebab dia kan dah pi sambung belajor ambik ijazah. Siap dapat hadiah lagi we alls tau.  Thank you so much KPOPS :)
Me with KPOPS. Baju Lynn tuh daripada Fatin Zulaikha. Thank you, muat-muat baju nih :)
Warga UPKS. Oh ye nak tau ape hadiah dalam beg tadi tuh?
   
Taraaaa!!! 
 Merah tuh kak dayah punye..pink Lynn punye..boleh lah pasni bila rindu mataer dok feeling-feeling dengor music box nih. Haha   
Thank you Kak Ina bagi bluetooth gambau-gambau ni semua. Lynn dah editkan sikit-sikit, nanti nak copy je sendiri. Hehe.Semua event-event kat JPA best-best. Buat masa ni belum ade yang gonjeng-gonjeng lagi. Harap-harap ade lagi event yang superb sebelum Lynn habis praktikal. Hehe.

p/s : niat update pasal semua ni bukan untuk menunjuk-nunjuk atau berlagak. Ni semua untuk Lynn sendiri. Yela, nanti dah habis praktikal boleh lah flashback balik memory kat JPA ni kan. Takdelah biar beku kat otak nun buat pekasam. Huhu.