10/02/2012

Mara Clara

Assalammualaikum dan Hye kawan :)


Akhirnya, dapat jugak aku tengok ending Mara Clara nih. Oh bagi korang yang tak tau, cerita nih ade setiap isnin hingga khamis, pukul 3 petang. Cerita nih gantikan ceria Endless Love. Ala yang heronye dulu cerita Marimar jugak tuh. Taktau jugak? Tak minat philiphina? Oh okay, takpela. Tak payah bace dah -.-

Cerita nih mengisahkan kekuargaan. Ala macam cerita sinetron jugak. Jenis tukar-tukar anak. Si bapak nih namenye Gary. Dia yang tukarkan anak keluarga bekas makwe dia  kepada anak dia. Makwe dia nih Alvira kahwin dengan orang kaya, sape eh namenye.. Haa Amante. Yang si Gary nih tak kaya, kayap je. Haha. Yela, kalau dah dendam macam-macam boleh buat kan. Tak gitu?

Ala malas lah nak buat sinopsis cerita nih. Bukan ade dapat markah pun kan. Nak tau pi google je. Kan lagi canggih. Hehe tak puas hati jugak pi lah youtube. Haa tengok lah sepuas-puasnye kan. Tapi agak sedih jugak lah endingnye. Aku terkejut time si Amante tuh terjatuh bangunan. OMG! Berderau jantung aku tau. Lagi satu time si Gary dah mati, aku ingat dia hidup balik. Rupenye, anak dia si Clara yang gila. Hihhik. Tak pasal-pasal bini dia Susan yang jadi hero nak tamatkan cerita nih. Cayalah! Haha berkat anak kembar kau dpaat lah tuh. 

Mara, si cantik, lemah lembut dan kaya

Clara, budak panas baran, sombong tapi dalam hati baik rupenye

Gary, orang paling kejam! Ayah si Clara

Amante, orang kaya. Suami Alvira, bapak Mara

Alvira, bini Amante. Bekas makwe Gary

Christian, pakwe dan sahabat Mara

Desiree, makwe abang aku. Eh silap, dia kawan baik Clara, hati busuk! haha

Itu saja. Okay jage diri semua. Bye 

10/01/2012

Rindu seorang anak :')

Sunyi sepi tanpa suara, malam yang sangat dingin memandangkan musim sejuk belum berakhir. Di atas sejadah cinta ini ku sujud menghadap-Mu Ya Allah dan di sini jualah tempat aku mengadu dan menagih kasih yang pasti.
Air mata ini bercucuran lagi, hati ku bergelodak menanggung beban perasaan yang tak mampu ku luahkan. Saat ku menadah tangan menagih simpati dan keredhaan-Mu, mendoakan kesejahteraan dan keampunan buat ayah ku, aku terdiam lagi cuba menahan sebak di dada. Memang perit dan sakit kadang-kadang untuk aku ingat semua benda nih. Mungkin orang tengok kita, wah macam takde ape-ape berlaku. Happy go lucky gitu kan. Tapi di sudut hati yang paling dalam hanya Allah yang tahu. Mungkin awak-awak yang senasib dengan saya pun merakan yang same kan?

Namun apakan daya aku juga manusia biasa, biarlah air mata ini mengalir buat pengubat rindu. Dalam hati kecil ku, ku mohon ketabahan untuk meneruskan hidup. Ya Allah amat perit untuk ku telan ujian-Mu ini. Aku juga selalu berdoa agar takkan luput dalam ingatan sedikit pun tentang seorang ayah yang sangat hebat untuk aku. mudah-mudahan Allah makbulkan doa ku yang satu ini.
Selesai menunaikan solat, aku diam sejenak cuba mentafsir atas segala ujian yang aku hadapi. Sedar dan pasti akan hikmah pemergian ayah yang telah pergi hampir 9 bulan.Banyak hikmah yang telah Allah berikan buat keluarga kami. Segala perubahan yang berlaku adalah yang terbaik. Alhamdulillah atas segala hikmahnya dan aku redha.

"Tuppp!!!!..."Tiba-tiba hatiku bagai disentap kuat. Aku menangis lagi. Ya Allah betapa Kau Maha Mendengar dan Maha Mengasihi hamba-Mu ini. Kenapa???Ya Allah aku syukuri atas segala ujian dan nikmat kurniaan-Mu. Redhailah dan damaikanlah hatiku, ibuku, adik-beradikku dan saudara maraku dalam menerima pemergiannya.

Jadikanlah segala ujian-Mu sebagai penguat iman kami. Tempatkanlah ayah di kalangan orang yang beriman. Ampunilah dosa-dosanya, jauhilah dia akan siksa kubur-Mu, terangilah kuburnya dengan cahaya-Mu, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah ilmunya, dan sedekah jariahnya sebagai bekalannya. Dan jadikanlah kami, sebagai anak yang soleh dan solehah sebagai pelaburan akhiratnya yang amat berharga. Amin.
Salam sayang,
Fazlin Zulkarnain